Hiburan

Bagaimana Seluruh Jepun Tertipu Dengan Rider Cantik Ini. Bila dia buka helmet, semua tergamam

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan dan atas sebab itu juga di dalam beg tangan bahkan di laci tempat kerja pasti ada bekas berisi alat solek.

Tidak kira individu itu seorang yang sering bersolek atau sebaliknya, yang pasti setiap orang mempunyai koleksi alat solek tersendiri atau setidak-tidaknya set asas seperti seperti bedak padat, gincu, pemerah pipi, celak dan bedak asas.

Lain orang lain caranya, ada yang yakin berdepan khalayak dengan wajah polos tanpa secalit solekan namun hampir kebanyakan wanita sudah terbiasa mengenakan solekan ringkas setiap kali keluar rumah. Tapi lain pula dengan kes yang berlaku di Jepun ini

Bagi pengguna Twitter, anda mungkin tahu tentang akaun Twitter dengan nama “azusagakuyuki”.

Pada dasarnya, ia merupakan sebuah akaun Twitter yang memuat naik gambar dan tweet yang mana kelihatan seperti seorang wanita cantik di Jepun yang meminati motosikal besar.

Ketika ini, akaun ini mempunyai sekitar 17,500 pengikut dan beberapa contoh gambar yang dimuat naik ke akaun ini melibatkan penampilan seperti biker muda yang kerap bergambar dengan motosikal:

Memang nampak menarik, siapa yang tak suka kan kalau gambar perempuan cantik apatah lagi jika dia bergambar dengan motosikal besar yang mana biasanya diminati oleh golongan lelaki.

Ini sekaligus menjadikan wanita ini sangat menarik dan menjadi dambaan jejaka.

Namun, memandangkan kecanggihan dan kemajuan teknologi pada hari ini, kita tidak boleh mempercayai semua perkara yang kita lihat di Internet.


Kisah disebalik semua ini adalah agak mengejutkan Jepun yang telah tertipu dengan wanita ini.

Pendedahan yang dibuat sangatlah mengejutkan dan membuatkan ramai jejaka patah hati bukan sahaja di Jepun tetapi juga di Malaysia.

Wanita cantik dalam gambar ini sebenarnya adalah seorang lelaki berusia 50 tahun!

Lelaki ini menjelaskan bahawa dia melakukan perkara ini kerana mahu menunjukkan motosikal dan tempat-tempat yang dikunjunginya kepada orang ramai.

Namun disebabkan tiada siapa yang mahu melihat seorang “pakcik” dengan motosikalnya, jadi dia memutuskan untuk menukarkan dirinya kepada “wanita cantik” supaya gambar-gambar yang dimuat naiknya popular.

Tiada siapa yang meragui gambar-gambar yang dimuat naik di Twitter tersebut dan semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah dia melakukan satu kesilapan di mana wajah sebenarnya terpapar pada cermin sisi motosikalnya dan disedari oleh sesetengah pengikutnya.

Ini membuatkan orang ramai mula membuat spekulasi dan meminta rancantan TV iaitu Monday Late Show untuk menyiasat perkara ini.

Selepas menghubungi lelaki ini, dia bersetuju untuk ditemuramah dan langsung tidak menyembunyikan kisah sebenar bahawa dia adalah seorang lelaki berumur.


Menurut Monday Late Show, lelaki ini menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mengubah rupa parasnya.

Ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh kru rancantan TV tersebut yang menemui lelaki tersebut untuk menemuramahnya:

Mengejutkan, kan?

Aplikasi yang digunakannya adalah sangat popular dan anda sendiri pun mungkin pernah menggunakannya, iaitu FaceApp.

Bagi yang tidak tahu, FaceApp adalah aplikasi menyunting gambar yang membolehkan pengguna menggunapakai filter dan salah satu filter membolehkan pengguna untuk “mengubah jantina”.

Anda pun tertipu, kan?

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.

Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian.

Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

sumber: https://iluminasi.com/, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *