Hiburan

“Beauty With Brain”, Inilah 7 Artis Wanita Malaysia Buat Netizen Kagum

Selebriti yang jelita sering menjadi tumpuan ramai, dengan visual yang menawan pasti akan membuatkan sesiapa saja yang memandang terpaku.

Tapi lain pula jadinya bila mana kejelitaan, keperibadian yang baik, dan kebijaksaan terpancar dalam diri selebriti, membuatkan mereka menjadi fokus dan idola orang ramai.

Ingin ketahui siapakah selebriti wanita “beauty with brain” jom teroka di bawah!

Mira Filzah

Wanita yang sering memberi senyuman manis ini, sebenarnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Ilmu yang ada, membawa Mira Filzah keperingkat yang lebih tinggi dalam perjalanan kerjaya seni dan perniagaan kosmetiknya.

Yuna

Jika Yuna tidak berkecimpung dalam dunia seni, pasti kini wanita hebat ini sudah menjadi peguam yang berkaliber!

Yuna memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, meski tidak memasuki dunia undang-undang Yuna tampak lebih bahagia dengan pencapaian seninya!

Lisa Surihani

Lisa Surihani juga mempunyai latar belakang dalam jurusan undang-undang, wanita anggun ini mempunyai ijazah undang-undang dari University Aberystwyth Wales, United Kingdom.

Meski Lisa tidak terlibat dalam dunia perundangan, wanita hebat ini lebih aktif sebagai aktivis yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan serta kesedaran awam.

Wany Hasrita

Siapa yang tidak mengenali pelatun lagu Canggung ini, selain memiliki bakat dalam bidang nyanyian Wany juga mempunyai bakat dalam bidang perubatan.

Wanita hebat ini mempunyai ijazah dalam bidang Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam.

Heliza Helmi

Nama Heliza Helmi cukup dikenali di Malaysia, wanita hebat ini merupakan srikandi muslimah yang aktif dengan kerja-kerja aktivis dan misi bantu bagi dalam dan juga luar negara.

Wanita jelita ini juga memiliki latar belakang pendidikan yang luar biasa, Heliza Helmi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi dan Kimia di Universiti Malaysia Sabah. Hebat bukan?

Che Puan Juliana Evans

Pengacara, model dan pelakon jelita Che Puan Juliana Evans ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Filem, Video dan Media di University Western Michigan, Amerika Syarikat.

Bakat serta ilmu yang ada dalam bidang media ini membuatkan Che Puan Juliana Evans menyerlah dalam dunia pengacaraan, model dan juga sebagai pelakon.

Bukan calang-calang latar belakang pendidikan ketujuh-tujuh selebriti wanita Malaysia ini, bukan saja miliki rupa paras yang jelita, keperibadian yang baik tetapi juga dianugerahi dengan kebijaksaan.

Neelofa

Pelakon, pengacara dan usahawan hebat ini sebenarnya memiliki latar belakang pendidikan dalam jurusan perniagaan di Sunway University College.

Patutlah Neelofa bijak mengurus dan mengembangkan perniagaannya, sehingga membuatkan ramai wanita di Malaysia ingin menjadi seperti wanita jelita ini juga!

Ini baru betul “beauty with brain”

Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah Haris Ismail telah selamat diijabkabulkan

Majlis berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.

Ketika ini, saudara mara dan tetamu sudah tiba di lokasi majlis akan berlangsung dengan semua berpakaian mengikut tema yang ditetapkan.

Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pelbagai spekulasi dan teka teki yang membanjiri ruang media sosial tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.

Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar

Penganjur Majlis akan dipanggil

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).

Katanya, siasatan mendapati majlis itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Kita sedang siasat dan akan memanggil penganjur tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, warget mempersoalkan majlis perkahwinan Neelofa, 32, pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, yang tidak mengikut SOP.

Dakwa warganet, tiada penjarakan fizikal di majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu.

Neelofa-Haris selamat diijabkabulkan dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pagi semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dijemput bagi membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Rujukan:https://wanista.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *