Uncategorized

Benda Tak Patut Jadi, Berlaku Kat Fashion Show Jenama Terkenal Buat Ramai Risau

Pengguna media sosial meluahkan rasa risau terhadap penganjuran sebuah pertunjukan fesyen jenama tempatan yang tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) sepanjang acara berlangsung pada Rabu.

Difahamkan menerusi foto yang tular di Twitter, kebanyakan tetamu yang hadir pada acara berkenaan tidak memakai pelitup separuh muka.

Malah, kedudukan kerusi tetamu juga diletakkan rapat-rapat tanpa ada penjarakan fizikal seperti yang disarankan.
“Rata-rata yang hadir ke fashion show ni tak pakai mask ya. Kebal virus ker kak?
“Pleaselah, seorang ada virus, habis semua kena. Pastu angka jangkitan tak menurun pastu tak dapat balik raya kat kampung lagi tahun ni.

“Kau fikir seronok ker lama tak tengok mak ayah kat kampung kak?” ciap seorang pengguna.

Hal itu menarik perhatian ramai hingga ada yang bertindak berkongsi beberapa momen lain termasuk pemilik jenama fesyen berkenaan yang difahamkan tidak mematuhi SOP.

Kata individu lelaki dalam video berkenaan; “Hari ini memang SOP tak ada langsung, kalau kena saman ‘claim’ kat dia.”Sahut wanita di sampingnya; “So, dipanggil dia kluster … Glorious Raya”.

Bagaimanapun, ada yang berandaian foto yang tular itu sekadar suntingan semula dan menegaskan penganjuran itu mematuhi SOP yang ditetapkan.


Acara itu turut dihadiri beberapa selebriti tempatan.Awal Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial dengan mematuhi syarat SOP.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis adalah kehadiran ke premis 50 peratus bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal di kawasan PKP Pemulihan (PKPP).

Majlis seperti seminar, kursus, latihan, ceramah bersemuka, pameran, aktiviti perdagangan serta konvensyen juga dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.
Gempak masih cuba mendapatkan penjelasan lanjut dari pemilik jenama fesyen terbabit.

Berikut adalah 3 tempat yang mungkin memerlukan anda untuk memakai pelitup muka:

Hospital dan klinik adalah tempat wajib pakai mask muka
Sememangnya hospital mahupun klinik adalah tempat untuk merawat individu yang sakit. Jadi ini bermakna ia merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kuman, bakteria dan vir.us.

Jadi pemakaian face masks pastinya dapat membantu melindungi diri dan mencegah daripada dijangkiti sebarang virus mahupun bakteria.

Sekurang-kurangnya pemakaian topeng pelindung muka akan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Malahan ada kajian yang mengatakan bahawa hospital adalah tempat terkumpulnya pelbagai jenis bakteria. Sudah tentu ia berpunca dan dibawa masuk ke dalam hospital oleh individu yang sakit.

Pengangkutan awam

Bagi individu yang menjadikan pengangkutan awam seperti bas ataupun kereta api sebagai pengangkutan utama, pasti tahu keadaannya apabila terpaksa bersesak dengan ramai individu.

Sudah tentu tidak selesa, apatah lagi apabila ada individu berhampiran anda yang bersin mahupun batuk. Aduh, tiada pilihan lain, mahu tidak mahu anda terpaksa melalui situasi seperti itu.

Oleh itu, memakai face masks pastinya cara terbaik untuk menghindari keadaan sebegitu.

Dalam masa yang sama, ia membantu mengurangkan sebarang risiko jangkitan, sama ada daripada individu lain mahupun anda sendiri yang menyebarkannya.

Bahkan, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing, seperti Grab Car, Uber atau MyCar, anda tetap perlu memakai topeng muka.

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Tempat wajib pakai mask: Kawasan awam seperti panggung wayang, pasar awam

Apa itu tempat awam? Sudah tentu ia tempat yang menjadi tumpuan dan boleh diakses oleh ramai individu.

Contohnya seperti pusat membeli-belah, taman permainan, pasar tani, pasar malam, pasar raya, panggung wayang serta kawasan tumpuan pelancong.

Tempat-tempat seperti itu sebenarnya boleh menjadi tempat penyebaran penyakit. Ia disebabkan anda tidak tahu keadaan individu yang ada di sana.

Mereka mungkin tidak sihat seperti mengalami batuk, demam mahupun selesema. Lebih malang lagi apabila mereka lalu di sebelah anda dan bersin.

Risiko penyebaran vir.us melalui air liur sangat tinggi. Alamak!

Jadi jika anda ingin pergi ke sebarang tempat awam, pakailah face masks. Ia boleh dijadikan perlindungan pertama anda daripada sebarang jangkitan.

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *