Amalan

Bila Anda Sangka Tiada Yang Memerhati, Sekali Tindakan Lelaki Ni Kena Sound Dgn MBPP

Kita semua memang benci dengan sikap segelintir individu yang tidak menjaga kebersihan terutama di tempat-tempat awam.

Viral di media sosial video seorang lelaki membuang sampah dalam kuantiti yang banyak dari keretanya di kawasan tempat letak kereta awam. Selamba betul!

Perbuatan lelaki tersebut bukan sahaja mengotorkan kawasan awam tersebut, bahkan memberikan persepsi buruk terhadap majlis bandaraya yang bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Khabarnya, kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Video berdurasi 3 minit itu mengundang kemarahan netizen. Mana taknya, selamba betul buang sampah di situ.

Video ini telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan melalui satu hantaran rasmi di Facebook, pihak MBPP sangat kecewa dan memandang serius terhadap individu yang telah mengotorkan kawasan tersebut.

Kredit : FB

Menurut MBPP, individu tersebut akan dikenakan hukuman de.nda sehingga RM500 dan bagi sabitan kedua dan seterusnya, pesalah akan berdepan dengan denda sehingga RM1,000 berdasarkan Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.

Dalam masa sama, MBPP menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak MBPP bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang dan memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar akan berubah. Kan menjaga kebersihan tanggungjawab kita bersama? – CARI

Pemandangan segelintir penduduk di beberapa pekan serta bandar Australia berkaki ayam ketika keluar dari kenderaan untuk ke pasar raya atau bersiar-siar setiap kali tiba musim panas bukanlah sesuatu yang unik atau pelik. Malah, mengikut rakan yang pernah berkunjung ke New Zealand, perkara sama turut dilakukan penduduk negara itu setiap kali tiba musim panas.

Tahap kebersihan yang tinggi di bandar serta pekan di negara maju itu menyebabkan penduduknya hilang rasa jijik untuk memijak laluan pejalan kaki, tanah, rumput atau jalan raya tanpa sebarang alas kaki.

Apabila bercakap mengenai kebersihan, perkara pokok yang perlu ditangani adalah sikap masyarakat itu sendiri terhadap pengurusan kebersihan. Tidak dinafikan ada negara maju yang mengambil masa ratusan tahun untuk menerapkan budaya mementingkan kebersihan dan alam sekitar dalam kalangan rakyatnya.

Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitu juga dengan sikap dan tabiat masyarakat negara in

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *