Hiburan

Boss terserempak dgn staff buat side income, sekali dia bagi RM50 suruh staff balik

Nama usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad sering kali menjadi topik perbualan netizen di media sosial.

Dia juga sering berkongsi aktiviti hariannya di lama Instagram sebagai salah satu cara memberi inspirasi kepada para penyokong dan peminatnya dalam melakukan kebaikkan.

Terjumpa pekerja buat part-time
Namun, setiap kejayaan dan pujian biasanya tidak lari dengan kecaman daripada beberapa pihak yang kurang bersetuju dengan cara yang ditunjukkan di media sosial.

Baru-baru ini, video yang memperlihatkannya ‘terkejut’ apabila pekerja di syarikatnya melakukan dua kerja dalam satu hari dengan menjadi penghantar makanan benar-benar meraih perhatian netizen.

“Terserempak staff buat rider grab

“Petang lepas habis kerja harini, sebelum balik rumah saya pergi singgah makan. Tengah makan, saya ternampak dkt kaunter staff saya dengan pakai baju hujan hijau tengah order

“Saya panggil dia & ajak makan sekali. Mula mula tktau dia buat grab, tapi bila jengah luar kedai nampak motor dia & beg grab

“Sayu hati Demi Allah, geleng kepala saya. Tak sampai hati saya tengok staff saya lepas habis kerja sambung lagi buat grab. Saya nak mereka semua ada masa dengan anak/family selepas kerja

“Rasa lemah sangat & sebenarnya hari hari saya doa dekat Allah. Cukupkan rezeki team team saya, sihatkan tubuh badan mereka & limpahkan rezeki @ainaabeautyofficial

“Kebajikan mereka saya sentiasa usaha & jaga. Gaji mereka Alhamdulilah saya jaga sentiasa, ada yg saya naikkan & ada juga saya bantu diam diam, bayarkan sewa rumah/makan minum

“Saya buat semua tu, sebab saya nak mereka bahagia, cukup makan minum & selepas kerja ada masa dengan family

“Saya faham sangat situasi mereka, ekonomi sekarang bayar itu ini sekejap je habis Ya Allah tapi saya puji sikap mereka sentiasa kuat cari rezeki

“Staff saya pun saya minta mereka berniaga sampingan, dalam berniaga dpt kongsi rezeki. Staff saya yg buat grab ni @syedmohdakif , dia & isteri ada buat business makan, kita support ramai ramai tau

“Bila berbual dengan dia, ada perkara yg dia perlu bantu family dia. InsyaAllah selain kerja dengan saya, isteri dia berniaga makanan @nasiletiupbymakecah . InsyaAllah semoga business tu membantu kehidupan dia

“Syukur sangat harini, Allah nampakkan keadaan staff saya untuk saya bantu. Ada sikit duit saya bg tadi supaya dia dpt balik terus & ada belikan makanan untuk wife dia sekali

“Team, saya nak terima kasih dengan awak semua. Saya appreciate segala usaha awak semua. Awak semua pun, hopefully awak semua sahabat saya sentiasa baik baik ya semua

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”

Ramai yang tak setuju?

Namun begitu, lain pula dengan persepsi sesetengah netizen apabila merasakan tindakkannya kurang bersesuaian memandangkan dia adalah majikan.

Merakam video dengan memuat naik ke media sosial dan memberitahu kondisi ekonomi pekerjanya sedikit sebanyak memberi pandangan tidak ‘sedap’ kepada Hafiz yang merupakan majikan kepada lelaki itu.

https://twitter.com/Dean24924388/status/1373446497996447746?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1373446497996447746%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fbos-pakai-villfire-tapi-staf-sendiri-buat-side-income-netizen%2F

“Tolong sana sini, tapi gaji staf kecil”

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Twitter sebuah akaun yang menggunakan nama @Dean24924388 untuk menyuarakan rasa kurang senang dengan motif usahawan itu menjadikan keadaan pekerjanya sebagai konten.

“Nak tunjuk dia paling baik la tu” Dua kerja satu hari tu penat kot


Maknanya bos bagi gaji ciputla Pekerja dia okey je tu

Walau bagaimanapun, masih ada yang berfikiran positif dengan memaklumkan sukar menemui majikan seperti Hafiz kerana merasakan pekerja tersebut ‘okey’ sahaja dengan keadaan itu.

Mereka juga berharap agar semua majikan bersikap seperti Instafamous ini supaya para pekerja berasa selesa berkhidmat dengannya.

Sumber: Dean24924388, Hafiz Mahamad

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *