HOME

Baru 12 tahun, tapi sudah jadi ketua keluarga, jaga bapa terlantar & ibu berpantang

Bagi memastikan tiga beradik dan ibu bapanya tidak terabai, seorang kanak-kanak lelaki Nik Nur Muhammad Akid Najwan kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga walaupun baru berusia 12 tahun.

Menerusi laporan Sinar Harian, anak sulung itu menjaga bapanya Nik Rizuan Nik Par yang terlantar sakit, manakala si ibu Zaleha Manaf pula sedang berpantang selepas bersalin hampir tiga minggu lalu.

Ketika budak seusianya sibuk bermain, dia tidak mengeluh sebaliknya sanggup tidur di sebelah katil bapa yang terl4ntar s4kit akibat j4ngkitan kum4n pada pa.ru-pa.ru sejak Ogos lalu.

Zaleha berkata, Nik Nur Muhammad tidak kekok menguruskan seperti memberikan susu dan membersihkan bapanya selain menjaga adik-adik iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 19 hari.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, mereka sekeluarga mengalami nasib tersebut selepas suaminya hil4ng pekerjaan pada awal tahun lalu sebelum pulang ke Kelantan bagi meneruskan kehidupan.

“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.

Bagi individu yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.

DALAM surah al-Isra’ ayat 23, ALLAH SWT telah berfirman yang maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa.”

FIRMAN Allah SWT, “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, ayat 23)

Berbakti kepada ibu bapa

Betapa besarnya tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa sehinggakan Allah ada menyebut di beberapa tempat dalam Al-Quran dengan menggabungkan perintah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan berbakti kepada ibu bapa.

Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa, ayat 36)

Firman Allah SWT, “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Firman Allah SWT, “Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.” (Surah Al-Ana’am, ayat 151)

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *