Hiburan

Kongsi foto pakai busana putih, bekas kekasih PU Riz pula dapat perhatian

Sebelum ini, nama Amal Syahmina pernah menjadi buah mulut warganet apabila pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Riz merisik selebriti popular, Neelofa bulan lalu.

Kisah sedih mengenai perhubungan pernah dikongsi di akaun Instagram miliknya sebelum ini, tetapi dia sudah mengambil keputusan untuk ‘move on’ dan melupakan semua kenangan bersama pendakwah tersebut.

Berikutan kontroversi itu, pengikut Amal di Instagram semakin bertambah dan baru-baru ini dia menjadi perhatian sekali lagi kerana berkongsi beberapa keping foto mengenakan persalinan serba putih.

Takdir

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Memiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurniaan Allah SWT yang amat berharga.

Bagaimanapun, foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang.

Malah, rata-rata netizen terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.

Muslimah yang memberi inspirasi

Harap PU Riz tak kembali, Cantik dan periang

Moga jumpa jodoh yang baik

Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.

Sumber: Instagram Amal Syahmina

Neelofa, Haris bakal diijabkabul

Memulakan pagi Sabtu dengan khabar gembira, hari ini bakal berlangsung majlis pernikahan pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah, Haris Ismail.

Bakal disatukan lebih kurang 10.30 pagi nanti, ketika ini ramai tetamu sudah mula memenuhi ruang hotel dan difahamkan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.

Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pelbagai spekulasi dan teka teki yang membanjiri ruang media sosial tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.

Bertemakan Jabal Rahmah, tetamu yang hadir memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *