Hiburan

Danial Zaini Tiru Watak Ketua Pembangkang Dlm Program MLS, Sekali Anwar Ibrahim Masuk Komen

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila dengan sportingnya memuji persembahan peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Danial

Zaini yang meniru aksinya dalam program tersebut Jumaat lalu.

Menerusi laman sosial Twitter, Anwar mengulang ciap hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial menjadi Anwar Ibrahim sambil memuji usaha pelawak tersebut.

Menerusi perkongsian video berdurasi dua minit itu, kumpulan Heart yang terdiri daripada Ezad Lazim, Azmi Saat dan Danial mempersembahkan skesta perebutan jawatan ketua kampung.

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1375480564333993990?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1375480564333993990%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgempak.com%2Fberita-terkini%2Ftiru-watak-ketua-pembangkang-dalam-program-mls-danial-zaini-terima-pujian-anwar-ibrahim-salute-48424%3Ffbclid%3DIwAR143QdEHDq75WSDwYQ1MoMTlDcGTLhWB5OfYNp40ayYJcQWXx032xvap3w

 

Danial menjadi Anwar Ibrahim manakala Azmi meniru Usop Wilcha, berdebat manifesto masing-masing sehingga membuatkan tiga juri tetap Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin ketawa besar.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji persembahan Danial dan sikap Anwar yang tidak melatah dengan aksi parodi tersebut.

“Hampir sama gaya dan suaranya. Bukan senang nak tiru begitu #salute,” kata seorang wargamaya.

“Salute to you @anwaribrahim . Your open-mindedness shows that you are indeed a great leader and open for any critisism and suggestions,” puji seorang wargamaya.

“Betul..aku suka sangat lawak “convincing/formidable/numbers” tu. Memang terbaiklah, patut dapat pencalonan,” ujar seorang wargamaya.

“Bila @DanialZaini1 keluar berbaju putih, aku dah hagak dia jadi @anwaribrahim dan terbukti watak DSAI tu menjadi. Dia cuma tiru gaya tapi tak menghina DSAI,” sokong seorang wargamaya.

“Steady, tak melantun pun,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan Anwar tersebut telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada wargamaya.

Biodata Danial Zaini, Penyanyi Lagu Siti Bilang Cuti

Nama penuh: Mohamad Danial Mohd. Zaini

Nama popular: Danial Zaini

Umur: 25 tahun (2018)

Asal: Bayan Baru, Pulau Pinang

Pekerjaan: Pelawak, penyanyi, pelakon dan penyampai radio

Media sosial: Instagram @danialzain1

Fakta Menarik

1. Bekas juruvideo di syarikat Utusan Melayu.

2. Bakatnya dicungkil daripada program pencarian bakat komedi, Lawak Solo.

3. Ingin menjadi artis serba boleh, bukan sekadar pelawak. Turut meminati bidang lakonan, pengacaraan dan pengarahan.

4. Suka meniru (impersonate) suara beberapa selebriti terkenal sejak kecil, antaranya penyanyi Mawi. Beliau menggunakan kelebihan itu untuk menyertai pelbagai pertandingan, apatah lagi selepas mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya.

5. Menyambung pengajian dalam jurusan Penyiaran dan Filem di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

6. Kemudiannya, beliau aktif berkongsi video-video rakaman lucu di aplikasi Vine.

7. Mengembangkan bakat komedi dengan melibatkan diri dalam pementasan-pementasan teater anjuran Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang.

8. Pada Disember 2016, beliau menjuarai rancangan realiti Lawak Solo sekaligus melayakkannya memenangi wang tunai RM80,000.

9. Pada Februari 2017, Danial terpilih sebagai penyampai stesen radio Era FM dengan kontrak selama dua tahun. Lantas, beliau mengambil keputusan untuk berhenti sebagai jurufoto sebuah akhbar yang juga merupakan pekerjaan tetapnya bagi memberikan tumpuan penuh terhadap karier sebagai pelawak yang semakin berkembang.

10. Pada bulan sama, beliau terpilih menjadi salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2017 bersaing dengan barisan pelawak handalan lain.

11. Terkini iaitu pada hujung tahun 2018, beliau memulakan karier sebagai penyanyi menerusi single sulung, Siti Bilang Cuti, karya ciptaan Harry Khalifah sementara senikatanya ditulis oleh Peter Parker. Video muzik lagu itu menduduki tangga pertama carta trending Youtube Malaysia.

Berikut pula ulasan Danial Zaini selepas percubaan beliau meniru beberapa watak berjaya menambat hati penonton. Menurut Danial amalan menjaga solat antara rahsia kejayaan beliau

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: astrogempak, iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *