Entertainment

Dinobatkan juara AJL 35, Azmeer terangkan kelebihan lagu ‘Gila’

LAGU Gila ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong memberi satu kejutan apabila merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Lagu bertuah nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff itu berjaya membawa mereka pulang dengan hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara AJL35 pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan dinyanyikan sendiri oleh penyanyi Aina Abdul berjudul yang sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Sementara itu tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Belenggu Rindu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah bergandingan dengan Wany Hasrita.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Penyanyi Ernie yang menyampaikan lagu Gundah dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Manakala lagu Eh nyanyian Zizi Kirana memenangi anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Juri-juri lain yang turut menyokong tugas beliau adalah Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

Azmeer dah jangka

Salah seorang juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung malam ini, Azmeer memaklumkan lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki mempunyai peluang cerah untuk menduduki tiga tangga teratas lagu terbaik.

Kata Azmeer atau nama lengkapnya, Mohd. Azhar Abu Bakar ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, selain lagu dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki itu, terdapat enam buah lagu lain yang turut mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

“Sudah ada markah pra-penjurian untuk ke semua 12 lagu bertanding. Saya tidak boleh dedahkan berapa markahnya namun peratusan markah pra-penjurian agak besar.

Gila ciptaan Ezra Kong, Loca B dan Noki dikatakan mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai juara keseluruhan AJL35.

“Ada sesetengah pihak yang meramalkan lagu Gila berpeluang besar untuk bergelar juara. Sebagai juri profesional, saya tidak menafikan perkara itu namun perlu diingatkan, persembahan ke semua finalis malam nanti juga penting,” kata Azmeer.

Mengulas lebih lanjut tentang kualiti lagu Gila, Azmeer berkata, lagu bernuansa tradisional kontemporari hip hop itu merupakan satu karya yang unik.

“Gila menggabungkan lagu elemen moden dan tradisional. Ada langgam (patah lagu) Melayu yang kuat.

“Dari segi lirik, lagu tersebut merupakan satu karya yang mudah connect (berhubung) dengan kebanyakan realiti kita semua iaitu pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Malam kemuncak AJL35 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq.

Persembahan pembuka tirai AJL35 membariskan penyanyi hebat seperti Ella, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Yonnyboii, Naim Daniel, Tuju K-Clique.

Persembahan interlude AJL35 bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret mempertaruhkan persembahan medley dan mash up lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah serta Ziana Zain.

Reaksi MK 

N.asib sekali lagi tidak menyebelahi penyanyi, Nabila Razali apabila dia terk.ucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung sebentar tadi.

Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali terg.elincir daripada nota yang sepatutnya. Malah, dia juga kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.

I.nsiden itu sekali gus menjadi perdebatan ramai khususnya di platform media sosial.

Namun, menerusi pemantauan di pla.tform berkenaan, reaksi netizen diihat sedikit bercampur baur. Ada yang meng.ecam, namun ramai juga yang s.impati dengan penyanyi berkenaan.

“S.edih tengok Bella, tapi eff0rt dia ada. Kuatkan semangat dan cuba lagi lepas ni”

“Kita tahu Bella dan buat yang terbaik. Mungkin dia gementar, st0p b.uli dia”

“Dia dah bagi sebaik mungkin, jangan kritik dia. Stay s.trong Nabila.” tulis beberapa netizen.
Selain netizen, rakan artis juga turut memberi sokongan moral.

Respon Dari MK Clique

Dalam pada itu, MK dilihat memuat naik simbol love di IG sotry milik beliau ketika persembahan Nabila berlangsung

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *