Hiburan

Dituduh Cipta ‘Free Marketing Drama, Shuk Sahar Mula Bagitahu Perkara Sebenar

Pelawak Shuk Sahar reda dituduh penipu dan sengaja mencipta drama kononnya gerai jualan airnya diserang semata-mata untuk viral dan pemasaran percuma.

Shuk ketika dihubungi Gempak berkata, dia sedar ketika ini jika menjelaskan perkara sebenar sekalipun akan tetap dituduh menipu.

“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing.

“Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal,” katanya.

Ditanya samada dia akan membuat laporan polis, Shuk berkata pemuda tersebut telahpun memohon maaf kepadanya menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).

“Dari awal lagi saya tiding bercadang untuk membuat laporan polis. Cuma saya bersyukur kerana pemuda tersebut sudah pun memohon maaf.

“Dia DM saya di IG selepas mengetahui video yang saya rakam di Insta Story menjadi tular. Dia berjanji untuk bertemu saya dalam masa terdekat.

“Saya tidak menyimpan dendam dan saya maafkan dia serta bersedia untuk bertemu dengannya,” katanya.

Terdahulu, Shuk telah memuatnaik sepotong video gerai minumannya diserang seorang pemuda tidak dikenali ketika sedang berniaga di Wangsa Maju.

Pemuda tersebut juga bertindak agresif dengan menterbalikkan meja yang menempatkan dua tong air sehingga dia terpaksa menghentikan jualan.

Dalam perkembangan lain selepas kehilangan kerjaya sebagai penyampai radio, Shuk berkata dia yakin ada rezeki buatnya nanti.

“Saya tidak berputus asa. Saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya buat sekarang iaitu kedai makan saya.

“Sabtu ini kedai makan saya di Denai Alam akan mula beroperasi dan saya berharap agar semuanya berjalan lancar,” katanya positif.

Tambah Shuk lagi, dia juga akan meneruskan perjuangan di pentas Muzikal Lawak Superstar selepas program tersebut dihentikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah masih ada rezeki buat saya. Terima kasih kepada semua yang selalu memberikan kata-kata positif dan semangat,” katanya.

Tersebar gambar sebelum kejadian

Dalam pada itu, rata-rata netizan meraskan aksi terbalikkan gerai tersebut seperti sudah dirancang dan merupakan satu lagi gimik seperti yang di lakukan oleh Shuk dan Isteri sebelum ini dalam usaha mereka untuk melariskan produk

Berikut gambar yang tersebar sebelum kejadian di mana kelihatan kereta myvi puteh seoalah-olah sudah bersedia

Tidak dapat dimastikan sejauh mana dakwaan ini, apa-apa pun kita tunggu kenyataan lanjut dari Shuk Sahar

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.

Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Video:

Natija.h daripada krisis rumah tangga dan kecuranganan yang dilakukannya, Shuk kini bukan sahaja digantung tugas, pengurusan radio milik Media Prima tersebut sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *