Hiburan

“Bukan Sahaja Tdk Restu, Tapi Sang Ibu Tak Tahu” – Ibu Hannah Delisha Terus Beri Hint Perjelas Apa Yg Berlaku

Umum mengetahui pelakon Hannah Delisha mengumumkan perkahwinannya bersama Imam Shah bulan lalu.

Namun, hangat sejak kebelakangan ini apabila timbul dakwaan Hannah sebenarnya telah melangsungkan perkahwinannya sejak tahun lalu.

Bukan itu sahaja, ada juga spekulasi mengatakan ibu pelakon tersebut, Noor Ashikin Ahmad seolah-olah tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Menerusi entri di Instagram, Noor Ashikin berkongsi sambungan kisah dari Hikayat Antah Berantah beserta tanda pagar #IbuTidakRestu.
Dalam perkongsian itu, Noor Ashikin menyenaraikan beberapa soalan seperti sebab kenapa ibu tidak merestui pernikahan anak bersama pilihan hatinya, dan adakah ibu tahu yang anaknya sudah berkahwin.

“Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan sang anak dan pilihan anaknya itu?

“Adakah sang ibu dan keluarga terdekatnya tahu sang anak dan pasangannya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?” tulisnya.

Di akhir coretan, Noor Asyikin sekali lagi memberi bayangan si ibu bukan sahaja tidak restu, malah tidak tahu.
“Pedoman ini dibawa mati, walau pahit ditelan hati, bukan sahaja tidak restu, tapi si ibu tidak tahu,” tulisnya lagi.

Meskipun Noor Asyikin tidak menulis dengan nyata siapakah individu yang dimaksudkan atau disamakan dengan kisah dalam hikayat itu, namun netizen yang meninggalkan komen di entri tersebut seakan mengaitkan perkara itu dengan anaknya sendiri, Hannah Delisha.

Menerusi laporan Gempak pada 11 Mac lalu, Hannah tampil memohon maaf kepada netizen menerusi Instagram Story atas apa yang berlaku.

Beberapa hari sebelum itu, Noor Asyikin sudah mula memuat naik beberapa hantaran di laman sosial disertai tanda pagar #IbuTidakRestu.

‘Hikayat Antah Berantah’ Hannah Delisha

NAMA Hannah Delisha kembali menjadi bualan sepanjang minggu ini selepas pernikahannya yang diumumkan pada 18 Februari lalu dikatakan tidak mendapat restu daripada ibunya.

Sejak menyertai industri hiburan beberapa tahun lalu, umum cukup sedar pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch itu jarang sekali dihambat kontroversi. Namun perkahwinan yang seboleh-bolehnya mahu disimpan sebagai privasinya menjadi asbab dia dibadai taufan kontroversi.

Diawali pendedahan Noor Ashikin Ahmad (ibunya), satu semi satu kerahsiaannya terbongkar. Paling mengejutkan, Hannah ‘tertangkap’ agenda sendiri menyembunyikan tarikh sebenar pernikahan yang sudah berusia satu tahun.

Puisi si ibu

Biarpun perkongsian berbentuk puisi si ibu ditulis secara halus, namun netizen dapat membaca bayangan yang ingin disampaikan Noor Ashikin.

LUAHAN kekecewaan seorang ibu terisi dalam puisi Hikayat Antah Berantah oleh Noor Ashikin.
Bermula dengan perkongsian foto perkahwinan pada 18 Februari lalu, Hannah mencetuskan tanda tanya ramai bagaimana dia ‘berjaya lolos’ ke Singapura untuk berkahwin dengan kekasih hati, Imam Shah.

Sepi seketika, nama Hannah kembali menjadi bualan ramai selepas ibunya memuat naik puisi Hikayat Antah Berantah seolah-olah luahan hatinya tentang kekecewaan terhadap anak perempuannya.

Lebih menguatkan spekulasi perkahwinan tidak direstui, Noor Ashikin akan meletakkan tanda pagar #ibutidakrestu dalam setiap hantaran puisinya dalam Instagram.

Tanda pagar tersebut telah menguatkan lagi dakwaan bahawa Hannah dan suaminya Imam Shah bernikah tanpa mendapat restu daripada Noor Ashikin.

Noor Ashikin juga tidak pernah memuat naik foto perkahwinan pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu.

Malah, Hannah juga tidak pernah berkongsi foto perkahwinan bersama ibunya sehingga hari ini.

Biarpun tiada sebarang penjelasan daripada mulut si ibu, puisinya cukup menjelaskan kekecewaan.

Lebih menghangatkan situasi apabila ibu mentua Hannah, Mariana pula memuat naik hantaran berbaur sokongan kepada menantu dan anak lelakinya supaya terus kuat berdepan ujian hidup.

SETELAH mengejutkan ramai dengan pernikahan ‘tiba-tiba’, Hannah dan Imam diduga dengan pendedahan si ibu kedua-dua pihak yang mengundang sensasi.
Kahwin setahun lalu?

Tidak cukup dengan kisah puisi si ibu yang dirundung duka, satu lagi kebenaran dibongkar oleh netizen.

“Hannah sudah kahwin tahun lalu!,” komen netizen selepas melihat sekeping foto pengacara Eleena Sui baru-baru ini.

Sekeping foto Eleena yang bertarikh 19 Februari 2020 memperlihatkan dia sedang duduk di atas pelamin mirip milik singgahsana Hannah dan Imam pula menjadi minyak memarakkan suasana.

Pendedahan netizen itu sekali gus membuktikan pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu telah bernikah setahun lalu.

Tampil menjawab segala tohmahan masyarakat, pelakon kelahiran Singapura itu memohon maaf sekiranya isu peribadinya telah mencuri perhatian umum.


PERKONGSIAN ibu mentua Hannah, Mariana yang memasukkan gambar Eleena diapit Hannah dan Imam telah merosakkan pelan plot perkahwinan Hannah dan Imam kononnya baru berlangsung pada
18 Feb 2021.
Kata Hannah, dia juga seperti orang yang mempunyai masalah peribadi.

“Sejak menyertai industri, niat saya cuma untuk menghiburkan anda semua menerusi hasil kerja, bukannya isu peribadi.

“Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam sebarang gosip demi menjaga nama baik negara sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Hannah juga memohon maaf atas segala berita tidak enak membabitkan dirinya dan keluarga yang tular dalam media sosial.

“Sekali lagi saya minta maaf. Anda berhak mendapat lebih baik daripada saya berbanding semua ini.

“Apa yang saya harapkan ialah doa daripada kalian dan juga ruang privasi buat diri saya,” katanya.

Sehingga kini, Hannah masih tidak menjawab persoalan ramai mengenai tarikh perkahwinannya.

Peminat dan netizen pula tidak habis-habis meluahkan kekecewaan atas perkara yang berlaku.

“Kalau benar Hannah sudah berkahwin tahun lalu, setahun kita semua ditipu hidup-hidup!,” tulis seorang warga maya.

Benarlah kata orang, bertunang harus dirahsiakan tetapi pernikahan, eloklah dihebahkan kerana risau terpalit fitnah manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *