Hiburan

Aksi romantis Engku Emran dan Noor Nabila Atas Belon Panas Tarik Perhatian

Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran pagi tadi menjadi bualan hangat netizen. Walaupun kedua-dua mempelai ini bukanlah selebriti, namun masing-masing mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Terbaru, syarikat belon panas akhirnya kongsi foto lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila yang telah disimpan sejak sekian lama. Sweetnya sampai atas awan melamar!

Memang sweet betul!

Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini.

Menurut syarikat belon panas tersebut, pihak mereka sudah merahsiakan lama perkara ini atas permintaan mereka. Malah rancangan untuk melamar Nabila juga disimpan kemas oleh adik Nabila iaitu Atisha Khan dan Engku Emran sendiri.

Kami dengan senang hati dapat tahu bahawa kejutan ini menjadi. Kami turut mempersembahkan penampilan istimewa daripada penyanyi, Ferhad dengan beberapa lagu semasa majlis lamaran itu.

Bukan sahaja kejutan menaiki belon panas, malah mereka juga menjemput penyanyi Singapura, Ferhad bagi memeriahkan lagi suasana romantis tersebut.

Kejutan demi kejutan

Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa gembira kepada pasangan pengantin baru yang baru diijabkabul pagi tadi. Tak kurang juga yang mendoakan agar perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga. Memang sweet betul Engku Emran, patutlah Nabila sayang kan?

Terdahulu Noor Nabila tampil dedahkan cerita bagaimana dia kenal dengan Engku Emran sampai mereka bole bernikah
Posted on March 19, 2021 by Mediabawang

Kuala Lumpur: Noor Nabila Mohd Noor, 36, men.afikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, mengikat tali pertunangan seperti did.akwa sebelum ini.

Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

Tidak bertunang

“Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan.

“Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal,” katanya yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10.02 pagi.

Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor.Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin. Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.
Nabila berkata, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan serba ringkas kerana perlu mematuhi pr.osedur o.perasi standard (SOP).

“Majlis kami hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang saja. Kami buat yang wajib dan mahu diadakan secara sederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,” katanya.

Nabila berkata, dia percaya Engku Emran mampu membimbing dan menjaga dirinya selepas masing-masing pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini.

Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya

Sumber :myballoonadventure, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *