Amalan

Ezzaty Abdullah Ulas Isu Hidup Bermadu, Jelaskan Kenapa Dia Tak Suka

Pelakon Ezzaty Abdullah mengakui menolak hidup secara berpoligami dan tidak rela bermadu jika suaminya Azwan Kombos mahu berkahwin lagi.

Tegas Ezzaty, dia lebih rela melepaskan orang yang disayang daripada berkongsi kasih dengan suaminya.

“Maaflah, saya memang anti poligami. Saya tahu dalam Islam dibenarkan tapi terus-terang saya tidak boleh menerimanya dalam hidup.

“Sebenarnya susah nak cakap sebab saya pun ada suami dan saya pun tak tahu apa akan jadi di masa depan.

“Tapi jika Azwan mahu berkahwin lagi, saya rela diceraikan daripada hidup bermadu. Sudah tentu saya sayangkan suami saya tapi untuk hidup berpoligami tu tak sanggup,” katanya kepada Astro Gempak.

Ezzaty diminta mengulas mengenai isu poligami, memandangkan dia kini sedang membintangi drama bersiri The Maid yang menampilkannya sebagai isteri ketiga kepada Jayden yang dilakonkan oleh Norman Hakim.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Fika, Ezzaty mememberitahu ia amat mencabar lakonannya.

“Sebenarnya pada mulanya, saya takut nak bawa watak Fika ni sebab ia betul-betul berbeza 360 darjah daripada watak yang saya pernah bawa sebelum ni.

“Fika seorang yang kasar dan lasak tapi saya cabar diri saya supaya tidak lah orang kenal saya dalam watak baik dan lembut sahaja,” jelasnya lagi.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand

Mi udang Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos terus dapat sambutan

Ramai akur pandemik Covid-19 memberi kesan kepada semua, industri kreatif tidak terkecuali sehingga memaksa karyawan seni mencuba pelbagai bidang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi pasangan suami isteri pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos, pula mengambil keputusan untuk meneruskan kembali perniagaan mi udang yang diusahakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dahulu.

Melihat kepada kewangan yang semakin menyusut dan perniagaan spa yang tidak dapat dibuka membuatkan pasangan ini memulakan semula perniagaan mi udang mereka.

“Alhamdulillah, sambutan masih menggalakkan namun, kali ini kami hadkan pesanan kepada 60 pesanan sehari saja.

“Malah, untuk penghantaran pula kami akan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum menghantar sendiri pesanan pelanggan,” ujarnya.

Menurut mereka lagi, sebelum ini mereka menggunakan khidmat penghantar namun kini mereka lebih selesa menghantar sendiri pesanan pelanggan dan akan mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu bagi mengelakkan dari melanggar undang-undang.

Selain itu, pasangan suami isteri ini turut mengusahakan produk pes sambal serba guna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *