Hiburan

G4dis Bertudung Bngga Bralette, Advh Jadi Mngsa Fesyen Ke Apa Ni

Bertudung tetapi seksi tidak lah terlalu menghairankan walaupun ia sememangnya berdosa dalam agama. Namun bertudung tetapi memakai ‘bralette’ di luar sangat mengundang mata memandang serta ‘keyboard warrior’ mengecam.

Dan ianya bukan dilakukan di dalam rumah tetapi di kawasan khalayak ramai, kemudian dipamerkan ke media sosial lalu berbangga dengan fesyen terkini.

Lebih dasyat apabila ada yang menuduh penegur sebagai pendengki kerana tidak memahami konteks fesyen sebenar. Betul ke?

 

Foto :Twitter

Pada mulanya, gadis tersebut mempertahankan pendiriannya yang tetap bertudung dan tidak menampakkan kulit. Segala kecaman dijawab ibarat menegakkan benang basah, namun apabila ianya trending di Twitter, dia terus mengunci akaunnya.

Bagi netizen pula, respon yang diterima berbelah bahagi. Bagi yang kagum, mereka menjadikan idola kerana berani berpakaian sebegitu di luar.

Manakala bagi yang merasakan ianya adalah salah pula berpendapat ianya adalah keinginan wanita bertudung yang mahu kelihatan seksi tetapi tidak mahu merasakan ianya salah.

Foto : Twitter

Malahan menurut seorang lagi rakannya, dia sendiri yang tidak mahu mendengar nasihat untuk berpakaian lebih sopan. Jadi ini adalah masalah peribadi. Mungkin dengan teguran secara terbuka, gadis tersebut akan menilai kembali penampilannya. Anda rasa bagaimana?

Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah al-Nur, ayat 31: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan khumur”

Para mufassir bersepakat bahawa Istilah khumur yang disebut di dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada kain yang dipakai di atas kepala wanita. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliyyah juga memakai khimar tetapi melabuhkannya ke belakang sehingga menampakkan aurat seperti leher, anting-anting, dan lurah dada. Tetapi selepas ayat ini diturunkan, ia jelas menyatakan bahawa wanita diperintahkan untuk melabuhkan khimar mereka ke hadapan sehingga menutupi perhiasan-perhiasan, yakni aurat mereka.

Malah istilah ‘jalabib’ atau ‘jilbab’ yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 menjadikan hijab atau tudung sebagai sebuah tuntutan untuk memelihara kehormatan wanita. Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.”

Tuntutan hijab juga disokong oleh Nabi Muhammad SAW yang menyaksikan bahawa ramai wanita mendapat siksaan kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. Baginda bersabda: “Dua kategori penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti (pemukul) seperti ekor lembu dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), mereka cenderung untuk tidak mentaati Allah dan mempengaruhi orang lain daripada mentaati Allah, dengan kata lain mereka mengajak-ajak lelaki melakukan zina), mempunyai sanggul seperti bonggol unta (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu sejauh perjalanan tertentu” (HR Muslim).

Berdasarkan dalil-dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah, pandangan yang melontarkan bahawa pemakaian hijab adalah bukan sebahagian daripada tuntutan agama adalah tidak tepat sama sekali.

Sumber:cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : http://www.dnq.pw/2021/03/01/g4dis-bertudung-bngga-bralette-advh-mngsa-fesyen-ke-apa-ni/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *