Amalan

Gadis Baru Umur 17 Tahun Ini Beli Honda Civic Cash Selepas Sebulan Berniaga

Boleh dikatakan kini ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan lebih-lebih lagi boleh berniaga menerusi platform beli-belah dan media sosial.

Apa yang penting, seseorang itu perlu rajin berusaha untuk berjaya dan kekayaan itu boleh diraih tidak mengira usia.

Baru-baru ini, tvlar video di aplikasi TikTok, seorang gadis berusia 17 tahun bernama Nur Haniy berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya meskipun dia hanya ‘budak SPM’.

Video Player

Siapa sangka, hasil sebulan berniaga Haniy berjaya membeli sebuah kereta Honda Civic secara tunai.

Perkongsian Haniy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi usahanya yang bekerja keras untuk mencapai impian.

Tidak kur4ng juga, ramai yang memuji anak-anak muda sekarang yang sudah fikir jauh kehadapan dan sudah pandai dalam perniagaan.

Dalam pada itu, ramai yang berharap gadis itu akan menyambung pelajaran meskipun sudah berjaya dalam perniagaan kerana ilmu itu sangat penting.

Perasan atau tak, ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka. Malah kadang-kadang kita gagal sebab rasa sudah pandai dan tahu banyak perkara. Sedangkan sebenarnya kita masih tidak tahu apa-apa dan sejauh mana kita tahu tentang sesuatu perkara.

Bila sebut nak mulakan bisnes, yang paling ditakuti kebanyakan orang adalah kemampuan untuk bersaing. Berikut 10 tip untuk anda yang baru nak mulakan bisnes.

1. Tahu tujuan bisnes

Ada orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berbisnes suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend bisnes sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah. Tapi untuk anda yang serius nak menjadi bisnes adalah kerjaya dan punca pendapatan utama, anda kena kenal pasti tujuan utama berbisnes.

Yang pertama kebanyakan orang berniaga supaya mendapatkan sumber kewangan lebih baik. Dan anda juga kena tahu bagaimana produk anda boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai.

2. Buat apa yang anda suka

Bila anda suka terhadap sesuatu bisnes, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh lakukan sepenuh hati. Jika anda kurang suka atau buat kerana terpaksa, ia tidak mendorong diri anda untuk lakukan yang terbaik. Malah, anda akan sentiasa dalam keadaan berfikiran negatif dan tahap kesukaran anda akan lebih tinggi. Jika anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan ada lebih banyak motivasi untuk tambah nilai diri dan bisnes serta boleh bertahan lebih lama.

3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif

Untuk permulaan anda mungkin berasa kekok dan tidak selesa. Tetapi apabila anda mempunyai orang sekeliling yang positif, ia secara tidak langsung membuatkan anda belajar sesuatu yang baru, memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan boleh juga menjadi faktor penolak untuk anda lakukan sesuatu dengan lebih baik. Jadi jangan buang masa dengan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda untuk berbisnes.

4. Sentiasa belajar

Jika anda rasa anda sudah ada banyak pengalaman berbisnes, mendapat kelulusan berkaitan bisnes atau sudah tahu selok-belok bisnes, fikirkan semula. Ramai orang sebenarnya ada keinginan untuk belajar tetapi tidak mampu merendah ego sendiri untuk belajar. Untuk anda yang baru nak memulakan bisnes, jangan terlalu cepat untuk berpuas hati kerana perjalanan anda masih panjang. Sentiasa tambah ilmu supaya boleh meningkatkan potensi diri dan bisnes anda.

5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda

Walaupun anda berasa bangga dengan kejayaan memiliki perniagaan sendiri. Tapi dalam masa sama anda mengutamakan keperluan pelanggan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, bukan memfokuskan kemahuan anda sendiri. Letakkan pelanggan anda dalam setiap keputusan yang anda buat dan perlu sentiasa ingat tujuan utama anda berbisnes kerana setiap masalah yang ada pada orang ramai adalah peluang untuk bisnes anda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *