Hiburan Uncategorized

Gosip cinta Engku Emran, Noor Nabila sampai ke Indonesia! Sekali Laudya Cynthia kongsi hadis

GOSIP cinta membabitkan kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran turut menjadi perbualan hangat netizen di negara seberang.

Rata-rata media Indonesia memantau Instagram bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella bagi melihat reaksi pelakon popular itu berhubung khabar angin tersebut.

Menurut laporan DetikHot, sehingga kini Laudya masih lagi tidak memberi sebarang komen mengenai gosip membabitkan bekas suaminya itu.

Hasil tinjauan di laman Instagram mendapati Laudya hanya berkongsi hadis mengenai takwa dan mempromosikan jualan telekung di laman sosialnya itu.

“Teman-temanku… selamat berjuang agar kita selalu bertakwa. Semoga Allah bersihkan hati kita kerana letak takwa di dalam hati.

Foto terbaharu dikongsi Engku Emran di Instagram jadi perbualan netizen Indonesia.

“Selamat beribadah di hari Jumaat teman-temanku yang baca ini,” tulisnya pada hantaran terbaharu yang dimuat naik di laman tersebut.

Bagaimanapun, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak menghadkan komen-komen yang diterima daripada pengikut.

Laudya berkongsi mengenai ilmu agama di laman Instagram.

Laudya Cynthia Bella sebelum ini sering mengelakkan diri daripada mengulas mengenai hal peribadi termasuklah isu rumah tangga.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia.

Pada Jun 2020, Laudya Cynthia Bella mengumumkan sudah bercerai dan ikatan perkahwinannya dengan Engku Emran berakhir.

Reaksi Sharnaaz

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendakwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku

Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella.

Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *