Entertainment

“Hampir tersadung, majlis akad nikah berhenti seketika” Ini trivia menarik majlis akad nikah Neelofa dan Haris

ACARA akad nikah pasangan popular Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz diadakan dalam suasana yang cukup indah di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.Dekorasinya seperti berada di sebuah taman dengan hiasan bunga-bunga segar memberi ketenangan kepada pengantin dan tetamu yang datang.

Ia dilengkapkan pula alunan zikir dan lagu-lagu nasyid sepanjang acara berlangsung.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu bermula seawal pukul 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

Berikut trivia majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail:

1. Sebanyak empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin yang direka berbentuk Jabal Rahmah – sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh.

Difahamkan terdapat sekitar tujuh jenis bunga berwarna putih digunakan termasuk mawar, orkid dan baby breath.

Dekorasi pelamin dengan bungaan segar menarik perhatian ramai.

2. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan Reka Teemor, rekaan pelamin itu berjaya dihasilkan dalam tempoh sebulan. Mereka akhirnya dapat merealisasikan dekorasi impian Neelofa.

3. Majlis diserikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Inteam bersama penyanyi Lah Ahmad.

Neelofa hampir tersadung ketika sedang berjalan ke pelamin.

4. Jemputan sekitar 150 tetamu diwajibkan memakai pakaian serba putih manakala wanita yang tidak berhijab perlu memakai selendang.

5. Majlis turut dihadiri rakan selebriti seperti Datuk Rizalman, Hannah Delisha, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, dan Shalma Ainaa.

6. Wajah berseri Neelofa mendapat sentuhan jurumekap Sharman Yee manakala busana serba putihnya merupakan rekaan pereka fesyen Alia Bastamam.

7. Adik kepada Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya berasa sebak dan terdiam seketika disaat ingin menyebut nama kakaknya sewaktu sesi akad nikah.

Ruang makan pengantin ditutup dengan kain.

8. Semestinya ramai tidak mengetahui, Neelofa secara tidak sengaja tersandung sewaktu berjalan menuju ke pentas pelamin sebelum upacara lafaz akad nikah bermula.

9. Tetamu disajikan dengan lima set menu iaitu kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

10. Ruang makan pasangan pengantin terpaksa ditutup dengan kain sewaktu majlis makan beradab

Adik Neelofa menangis ketika nikahkan, terpaksa berhenti sekejap

Sementara, ketika akad nikah oleh adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kelihatan tidak dapat menahan sebak dan terpaksa berhenti seketika sebelum menyambung semula.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu bapa tirinya, Datuk Halim Khan dan ibunya, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Khutbah nikah pula disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mendedahkan detik perkenalan bersama Haris, Neelofa mengakui mula mengenali Haris sekitar bulan Jun 2017.

” Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek. Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

” Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincang banyak hal dan ia membuatkan saya selesa disampingnya.

” Dia seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” tuturnya.

Berkenaan perihal zuriat pula, Neelofa menyerahkan segalanya kepada aturan Allah SWT.

” Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

Sejak dari situ, Haris, 26, dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kemudian dirisik bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah itu pada 1 November tahun lalu.

Seperti pasangan lain yang diduga, cinta Neelofa dan Haris turut teruji dengan salah faham sehingga beberapa ahli keluarganya bertindak memuat naik pelbagai hantaran berbaur perlian dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan keadaan sebenar hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Tular satu video yang dimuatnaik oleh sepupunya di ig story menunjukkan gelagat manja Neelofa bersama suaminya.

Rata-rata netizen dan peminat mendoakan kebahagian buat pasangan dua sejoli ini. Semoga kekal hingga jannah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah..

Penyatuan indah bak cinta agung Adam, Hawa

Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, kira-kira 200 tetamu hadir menjadi saksi ikatan cinta yang berputik sejak tahun 2019 itu.

Apa yang mencuri perhatian, kesemua tetamu yang hadir wajib mengenakan busana berwarna putih bagi bersama-sama melakar detik indah dalam hidup pasangan itu.

Majlis yang disusun penuh rapi itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengadakan majlis pernikahan.

Malah, kesemua tetamu yang hadir turut menjaga penjarakan sosial selain memakai pelitup muka bagi memastikan acara yang berlangsung dengan baik.

Selain kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sudi memberikan tazkirah ringkas dan khutbah nikah, kelibat beberapa selebriti popular tanah air turut hadir memeriahkan majlis.

Antaranya, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izara Aishah, Shalma Ainaa, Hannah Delisha dan Datuk Rizalman.

Seperti indah simbolik penyatuan cinta agung Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, pasangan ini menggunakan khidmat pereka majlis terkenal untuk melatari keseluruhan dewan pernikahan mereka selain pelamin yang tampak mewah.

Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu dikendalikan pengacara Ahmad Fedtri Yahya.

Pasangan itu dinikahkah adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor

Pada majlis itu, Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Pada Disember tahun lalu hubungan Neelofa dan PU Riz diuji dengan pelbagai fitnah berat seperti ada yang mendakwa mereka sudah melangsungkan perkahwinan dengan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah bebas itu.

Hubungan pasangan itu juga turut mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga PU Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan mereka masih berada dalam keadaan baik.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *