Hiburan

Jadi ‘bitter’ sikap selebriti kaki kec4m, tak sangka ini yang Haqiem Rusli cakap

AJL35 yang berlangsung di Auditorium Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 15 Mac lalu, menyaksikan Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali itu bersaing merebut gelaran juara melalui lagu Peluang Kedua bersama 11 lagu lagi.

Namun, gara-gara kesilapan pada persembahannya, Nabila mengundang perhatian warganet. Ada mengecam namun tidak kurang juga yang terus memberikan kata-kata sokongan.

PENYANYI Haqiem Rusli melahirkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir artis yang gemar mengecam rakan selebriti secara terbuka di media sosial.

Kata Haqiem, rakan artis sewajarnya menggunakan platform yang betul jika mahu memberi sebarang teguran atau kritikan.

“Semua orang buat silap, tapi apabila seseorang artis itu berada dalam keadaan dia dikecam, kenapa artis lain perlu masuk campur?”

“Kenapa tak hantar mesej terus kepada dia dan tegur? Kenapa perlu hentam?

“Mungkin anda rasa puas apabila dapat twit, dapat RT… mungkin anda rasa hebat tapi sebenarnya bagi saya ia mentaliti yang rendah, ” katanya kepada mStar.

Haqiem sedih teman artis kec4m

Terdahulu pada tahun 2018, Haqiem pernah dik3cam  oleh rakan artis sendiri selepas dia menc3tuskan kontr0versi

Selepas kecoh kononnya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik, Haqiem Rusli, mengaku dirinya tertekan pula selepas ada teman artis didakwa menghentam dirinya susulan kontroversi tercetus.

Haqiem mendakwa, dirinya rasa pelik dan sedih selepas mendapati ada teman artis mengkritik sejurus pendiriannya untuk bersara tular, sedangkan dia tidak bermasalah dengan mereka.

“Sejujurnya, menyanyi adalah kerja saya untuk menghiburkan peminat. Tapi bagi yang di luar sana, mereka tak akan faham. Mereka akan cakap apa yang berlaku ini (tujuan sebenar) nak buat gimik atau cari perhatian.

“Malah, saya pelik ada teman artis menghentam (saya) atas apa yang terjadi. Sedangkan, saya tak buat hal pun dengan mereka… Saya sedih. Hal macam ini membuatkan saya lagi tertekan.

“Saya tak kisah, suatu hari nanti, kalau ditimpa susah… Saya pernah susah. Saya memang orang susah kerana berasal dari kampung,” katanya.

Haqiem memberi reaksi terbaru itu dalam rakaman video IGTV pada Instagram yang dimuat naik Faizal Ismail. Pengacara popular itu dikatakan menemubual Haqiem di sebuah acara di Perak, semalam.

Pada 17 Jun lalu 2018, Haqiem mengejutkan peminat apabila memberi bayangan akan bersara daripada bidang muzik melalui catatan Instagram.

Penyanyi Tergantung Sepi itu bagaimanapun, memberitahu dia hanya akan membuat keputusan berhubung perkara itu, bulan depan.

Sebelum ini, Haqiem dikatakan berdepan masalah kemurungan dan sering menjadi mangsa buli siber.

Pada temuramah itu, Haqiem berharap netizen termasuk peminat dapat memberi sokongan kepadanya berdepan kemelut dihadapinya sekarang.

“Janganlah kecam saya… Anda tak tahu apa yang saya rasa.

“Kes buli siber ini orang berani cakap di laman sosial saja. Kalau depan, mereka tak berani… Silalah kecam saya berdepan,” katanya.

Menerusi video itu juga, Haqiem turut menerima kejutan apabila hari lahirnya yang ke-20 tahun pada 16 Jun lalu, diraikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *