Hiburan

“Harap semua hormat keputusan ini”-Elizabeth Tan bagitahu perkara sebenar dakwaan dia telah berkahwin

SELEPAS tular rakaman video dan foto majlis perkahwinannya pada pagi Ahad, akhirnya penyanyi Elizabeth Tan tampil menjelaskan mengenai isu ini.

Mengakui sudah bergelar isteri orang, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, berkata pada awalnya dia dan suami dikenali sebagai Siew Jim ingin merahsiakan mengenai perkahwinannya itu.

Bagaimanapun berita itu tersebar dan dikongsi oleh kenalan termasuklah bapa sendiri, David Tan Suan Chew melalui media sosial tanpa pengetahuannya.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

Elizabeth mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada Sabtu.

“Majlis diadakan semalam secara tertutup sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

“Saya merancang nak umum pada semua bila dah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana pada saya adalah isu kecil sahaja,” katanya.

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi… saya ingin memohon maaf sekali lagi!

Sebelum itu, tersebar foto dan video memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan dan mencium lelaki berkenaan menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

Elizabeth memilih suami yang sentiasa menyokong karier seninya.

Dalam pada itu, Elizabeth memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana merahsiakan perkahwinannya itu.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi… saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

“Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” ujarnya.

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei. Nama popularnya Elizabeth Tan, namun mesra disapa Lizzy.

2. Lahir pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 26 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.68 meter.

4. Anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Andrew Tan merupakan bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor, sebelum menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

6. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

8. Memperjuangkan muzik berkonsepkan Pop dan R&B.

9. Pernah membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Busker, serta bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila, Escape dan Sekolahaha.

10. Juga drama My Darling Inspektor Daniel, Misteri Jenazah: “Badi Zalia”, Gerak Khas: “Jerat Kekasih” dan Senafas Rindu.

11. Termasuk telefilem The Berlian Job, Baby Bro dan Kau Roadblock Hatiku.

12. Lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Maafkan Aku, Knock Knock, The World Can Wait, Somewhere New, Setia, Are You Leaving Now, Tabah, Mama (bersama Aziz Harun), Kini Masaku, Darling, Police Entry dan Semua Sudah.

13. Pemegang trofi Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik ke-14, Top Personaliti YouTube Malaysia di Anugerah Influence Asia, Artis Wanita Terbaik di Anugerah Met10, Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night, Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi di Anugerah Industri Muzik ke-22 dan Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night.

14. Bergelar finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 menerusi lagu Knock Knock dan AJL ke-31 menerusi Setia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *