Hiburan

Kali pertama jadi imam selepas bergelar suami Neelofa, suara PU Riz tarik perhatian ramai

Media sosial harini sangat meriah dengan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pengacara terkenal Neelofa dan PU Riz. Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan dan kelihatan sangat berseri-seri.

Neelofa telah sah menjadi isteri kepada PU Riz hanya dengan sekali lafaz. PU Riz kelihatan sangat tenang semasa berjalan masuk ke dalam dewan dan membacakan doa untuk memulakan majlis.

Majlis pasngan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Paasangan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

Pelamin pasaangan ini turut mencuri tumpuan kerana dikatakan mengambil tema sempena penyatuan Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah.

Rekaan pelaminan tersebut di sempurnakan oleh Reka Teemor. Bongkar pereka pelamin lagi pelamin berkenaan mengambil masa selama hampir 3 minggu untuk disiapkan. Majlis yang mengangkat tema warna putih itu juga turut membawa maksud kesucian dan penyatuan dua hati.

Kongsi beberapa Instagram yang dipercayai milik peminat kepada Neelofa, rekaan cincin yang dibelikan PU Riz buat Neelofa juga adalah pilihan oleh PU Riz sendiri.

Neelofa yang buat pertama kali melihat cincin tersebut memuji citarasa bakal suaminya itu yang pandai memilih dan mempunyai citarasa yang tidak kurang hebat.

Instagram peminat Neelofa itu juga turut berkongsi semula beberapa perkongsian daripada adik beradik Neelofa dimana PU Riz telah menjadi imam kepada mereka sekeluarga setelah selesai acara akad nikah sebentar tadi.

Jika sebelum ini PU Riz hanya sebagai tetamu jemputan namun kali ini perbezaan dapat dirasai apabila buat kali pertama mengimamkan keluarga isterinya sendiri dan telahpun bergelar suami kepada Neelofa.

VIDEO

Rata-rata para peminat memuji keperibadian suami kepada Neelofa dan merasakan bahawa Neelofa cukup bertuah dikurniakan seorang jodoh yang baik.

Peminat juga memuji suara PU Riz yang kedengaran sangat merdu melontarkan bacaan ayat suci Al-quran. Berikut dikongsikan beberapa komen para peminat.

Selamat pengantin baru diucapkan buat Neelofa dan PU Riz. Semoga fasa baru dalam kehidupan mereka ini membawa seribu rahmat untuk hari-hari yang akan datang.

Mudah-mudahan juga pasaangan ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung keturunan. Ramai yang tertunggu Neelofa dan PU Riz junior.

Kenali siapa PU Riz, ini 10 fakta menarik beliau

1) Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. PU Riz gemar bermain futsal seperti kebanyakan lelaki muda lain.

2) Pemegang Diploma Pengajian Islam dan masih mengiku pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

” Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.” kata PU Riz.

3) Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.

4) Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

5) Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

6) Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

7) Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peperangan yang berlaku di sana.

” Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak.

8) Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Dikatakan dari situ hubungan mereka bermula.

9) PU Riz menguruskan perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia.

10) Bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

Bapa PU Riz sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik.

Sumber: lovestory.me2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *