Hiburan

Instafamous terasa hati bakat seni tidak diiktiraf, sekali Izara Aishah masuk komen

PENDAPAT pelakon Izara Aishah yang bingung apabila ramai golongan selebriti media sosial atau Instafamous kini bergelar pelakon dan diberi peluang oleh stesen televisyen menerima reaksi pelbagai pihak.

Malah, salah seorang selebriti Instagram, Sharifah Rose turut memuat naik status berbunyi seakan-akan kurang senang dengan kenyataan Izara berkaitan perkara itu.

Sharifah Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, yang membuat kemunculan dalam sebuah drama berjudul Mix & Match meluahkan isi hati tentang kenyataan yang seperti tidak mengiktiraf bakat seninya.

“Hanya disebabkan perjalanan kita berbeza, itu tidak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf bakat saya,” katanya.
Izara Aishah membalas ciapan yang ditulis Sharifah Rose.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa status itu ditujukan kepada Izara Aishah.

Tidak lama kemudian, Izara membalas dengan bertanya sama ada ciapan itu ditujukan kepadanya.

Hanya disebabkan perjalanan kita berbeza, itu tidak bermakna anda berhak untuk tidak mengiktiraf bakat saya.

“Hi Rose, is this tweet for me (adakah ciapan ini untuk saya)? Saya baru perasan,” tulisnya.
Bagaimanapun, Sharifah Rose tidak membalas ciapan tersebut sehingga pengikutnya mula menyerang akaun Twitter pelakon Ombak Rindu The Series berkenaan.

Izara menafikan ciapannya sebelum ini mengenai Instafamous bukan ditujukan terhadap Sharifah Rose.

Sementara itu, Izara dalam ciapan yang berlainan menjelaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini berkaitan Instafamous bukan ditujukan kepada Sharifah Rose.

Malah, Izara turut mengalu-alukan kehadiran selebriti Instagram itu dalam bidang lakonan dan bergelar anak seni.

“Oh anda semua memang obses dengan Sharifah Rose. Rose, anda sudah berlakon sejak belum bergelar Instafamous lagi dan dengarnya ia memang minat anda.
“Tolong menyinar dan jadi salah seorang anak seni yang mengangkat nama industri,” katanya.

Artis zaman sekarang ni saban tahun semakin ramai, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau sebelum ni ramai yang jadi artis melalui program realiti nyanyian dan sebagainya, tapi kini golongan Instafamous juga turut mencuba nasib untuk bergelar artis. Hal tersebut sehingga mendapat perhatian pelakon, Izara Aishah Hisham, yang menegur segelintir Instafamous zaman kini yang terjun ke bidang lakonan.

Menurut Izara, 29 tahun, terdapat segelintir Instafamous yang sebenarnya tidak berminat pun untuk berlakon. Jelasnya lagi, sewaktu zamannya dahulu, dia perlu pergi ke uji bakat kerana betul-betul minat untuk menjadi pelakon. Selain itu, dia dan rakan-rakan pelakon lain juga akan menuntut pengajian dalam seni lakonan untuk masuk ke dalam industri hiburan. Bagi Izara, kerja keras yang dia lakukan dahulu tidak sama dengan apa yang mereka lakukan sekarang

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *