Hiburan

Isa Khan dakwa difitn4h, sekali media kongsi perbualan wassap

KALAU tak salah, buat apa nak menggel4bah!

Ayat itu paling sesuai ditujukan buat pasangan pengantin baharu yang menimbulkan kem4rahan ramai iaitu Isa Khan dan Risteena kerana mendapat kebenaran rentas negeri ke di Tawau, Sabah atas alasan bekerja tetapi berkongsi foto-foto umpama berbulan madu.

Sedihnya disebabkan mahu membela diri, tergamak pula menuduh ada pihak sanggup buat fitnah sedangkan diri sendiri yang menimbulkan fitnah itu menerusi platform media sosial.

Bagaimanapun sama ada Risteena atau Isa, mungkin terlupa mereka sendiri yang berkongsi gambar dan video dengan kapsyen perkataan ‘honeymoon’. Honeymoon kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu memberi definasi berbulan madu.

Pasangan ini juga mungkin terlupa, saat berkongsi foto di media sosialnya, tiada langsung perkongsian berkaitan urusan kerja melainkan video dan foto-foto romantis serta kegembiraan seperti menyanyi di atas bot, menikmati hidangan lobster dan bermalam di sebuah resort terapung di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Luahan Isa di Instagram berkaitan dakwaan artikel berbaur fitn4h (kiri) dan posting dengan perkataan ‘honeymoon’ pada gambar kanan.

Perkongsian seperti inilah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka dibenarkan merentas negeri bagi tujuan untuk berseronok.

Sebagai selebriti yang memiliki jutaan pengikut di Instagram, mereka sepatutnya lebih sensi.tif dengan apa yang dikongsikan kerana ia boleh menimbulkan prov0kasi dalam kalangan masyarakat, kerana golongan selebriti merupakan contoh kepada orang ramai. Boleh ke artis seperti ini dijadikan contoh?

Untuk rekod, Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, memiliki 1.1 juta pengikut Instagram manakala Isa atau atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, mempunyai 229,000 pengikut.

Mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk segera memberi penjelasan kepada umum mengenai perjalanan rentas negeri ke Sabah jika benar ia berkaitan urusan kerja dan bukannya honeymoon seperti didakwa.

Ada masa aku luangkan masa bersama isteri, mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja.

Namun kedua-dua mereka memilih untuk mengabaikan pertanyaan wartawan mStar sebaliknya hanya mahu artikel mengenai mereka dip4dam tanpa alasan yang kukuh.

Isa juga bertindak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati melalui posting di Instagram miliknya dengan mendakwa artikel yang dikeluarkan itu berbaur fitn4h dan menimbulkan salah faham.

Untuk makluman Isa, bukan hanya mStar menyiarkan berita dia dan isteri ke Sabah, sebaliknya ada juga portal lain melaporkan kisah serupa.

“Aku datang sini ada urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan pada pihak yang bertugas.

“Ada masa aku luangkan masa bersama isteri, mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja,” tulis Isa.

Mesej penuh antara Isa dan wartawan mStar.

Jadi siapa yang mula timbulkan salah faham?

Pihak mStar dalam kiriman mesej kepada Isa memaklumkan artikel yang dikeluarkan ialah sebagai menzahirkan kebimbangan orang ramai kerana perbuatan mereka itu dan meminta mereka memberi penjelasan atau kenyataan sebenar tetapi tidak dilayan.

Namun, jawapan balas yang diberi ialah mohon padamkan artikel mengenai perjalanannya ke Sabah itu.

Untuk berlaku adil, kami siarkan perbualan penuh menerusi mesej yang dihantar kepadanya sebagai membuktikan pihak kami profesional ketika menjalankan tugas.

Apa-apa pun kita menantikan hasil siasatan terperinci pihak polis berhubung perkara itu.

Kalau tidak bersalah, relaks sajalah. Cuba gunakan akal untuk berfikir! Dengan berkongsi gambar-gambar yang memperlihatkan ia seperti sebuah percutian, tentulah perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan.

Antara perkongsian yang mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Anda tidak bacakah berita bagaimana seorang instafamous yang ke Johor bersama suaminya dan berkongsi foto-foto mereka di media sosial mengundang kemarahan ramai bagaimana mereka boleh rentas negeri?

Lalu, pihak polis terpaksa membuat siasatan dan hasilnya mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan yang diberikan dan didapati memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran untuk ke Johor.

Dalam kes Isa dan Risteena ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac lalu.

Pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.

Dalam pada itu, Risteena memuat naik satu status tidak membenarkan media mstar untuk menyiarkan mana-mana gambar mereka tanpa keizinan

“Saya dan Isa Khan TIDAK MENGIZINKAN pihak Mstaronlineofficial menggunakan lagi mana-mana gambar kami. Tindakan akan diambil jika masih menggunakan gambar kami TANPA IZIN”

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar, ig risteena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *