Entertainment

JAIS, MAIS Jelaskan Sebab Sebenar Kenapa Masih Belum Dapat Tahan Sajat

JENJAROM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bidang kuasa yang terhad untuk menahan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya dan JAIS sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan Sajat seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini.

“Perintah mahkamah telah dikeluarkan, jadi kita sedang tunggu keputusan daripada JAIS dan PDRM untuk melaksanakan perintah tersebut.

Beliau yang berada di majlis penyerahan sumbangan fidyah di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Kemandol, di sini berkata, pihak JAIS masih mengesan lokasi usahawan terbabit dengan kerjasama daripada pihak PDRM.

“Jika terdapat sebarang perkembangan berkenaan kes ini, pihak JAIS akan memaklumkan kepada MAIS untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada Sabtu.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan w4ran t4ngkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghi.na Islam.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.

Gambar dari kiri: Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, Dr. Ahmad Shahir Makhtar

Sajjad jawab soalan pengikutnya

Kuala Lumpur: Selepas mengeluarkan video kontroversi mendakwa mahu keluar Islam, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat tampil dalam video terbarunya.

Video itu menjadi tanda tanya berikutan ketika ini Sajat menjadi buru4n Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tiada siapa tahu keberadaan usahawan kosmetik itu.

Menerusi video yang dimuatnaik semalam di Instagram (IG), Sajat mengatakan dia dalam keadaan baik sebelum mempromosikan produk perniagaannya.

“I okey, I okey sangat,” katanya berulang kali sebaik ditanya pengikutnya.

Menerusi IG itu, rata-rata pengikutnya bertanyakan mengenai kesihatannya dan dia menjawab sihat tetapi kini selesema.

Sebelum ini, video kontroversi Sajat tular di media sosial mengenai pengakuan lelaki berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu),” katanya dalam video itu.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghi.na Islam.

Sumber memberitahu, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik w4ran t4ngkap dikeluarkan mahkamah terbabit.

Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikes4n Jais.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *