Entertainment Uncategorized

Dinobatkan sebagai juara AJL, ini jumlah wang yang mereka bawak balik. Memang lumayan

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Antara yang menarik perhatian menjelang malam kemuncak AJL35 itu adalah ‘prediction’ siapa bakal menggondol anugeral berprestij itu.

Setelah empat tahun berjaya membuat ramalan dengan tepat, kali ini pengacara Neelofa Mohd Noor sekali lagi meletakkan tiga lagu yang dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung malam Ahad.

Lagu Gila Dinobatkan juara AJL 35, bawak pulang trofi dan wang rm50k

Keputusan Pemenang AJL 35 Anugerah Juara Lagu 2021

Kesemua persembahan akhir AJL 35 akan diadili oleh barisan juri profesional seperti Datuk Mokhzani Ismail, LY, Manan Ngah, Helen Yap, Azmeer

Pemenang bagi Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan 50 peratus undian peminat yang dibuka secara atas talian (online) menerusi laman sesawang, https://www.xtra.com.my/

Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada hari Ahad, 14 Mac 2021

Terdahulu Menerusi laman Twitter, Neelofa, 32, meramalkan trofi AJL35 tahun ini bakal diungguli lagu Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhya oleh Aina Abdul.

Usahawan itu juga meramalkan Aina Abdul dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan Rosle berpotensi besar memenangi trofi Vokal Terbaik.

” Saya tak berapa ikut sangat dengan lagu-lagu yang bertanding untuk tahun ini. Tapi ini merupakan ramalan saya untuk AJL35.

” Juara, Semalam, tempat kedua, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan tempat ketiga, Belenggu Rindu (lagu duet Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah),” tulisnya di laman Twitter pada Ahad.

Ramalan Neelofa mengenai pemenang AJL35.

Bagaimanapun, Neelofa mengingatkan pengikutnya bahawa lagu yang dipilih itu hanya sekadar ramalan semata-mata.

Ia mungkin tidak mengena dan tersasar daripada keputusan yang bakal diumumkan malam Ahad.

Bekas pengacara program MeleTOP ini juga mengharapkan peminat muzik tempatan menghargai hasil karya kreatif pencipta lagu dan penulis lirik.

” Ini hanya ramalan saya sahaja, mungkin ada yang tidak mengena. Apa-apa pun, selamat berhibur dengan AJL35, majlis anugerah yang sentiasa mengiktiraf hasil kerja komposer dan penulis lirik,” katanya.

‘Gila’ diramal berpotensi menang AJL 35, Kaka Azraff tak tertekan – “Saya hanya nak enjoy sahaja masa final itu nanti

PENYANYI lagu Gila, Kaka Azraff tidak merasakan sebarang tekanan biarpun ramai pihak meramalkan lagu nyanyiannya itu antara yang berpotensi besar untuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac ini.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, dia berterima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan peminat terhadap lagu Gila yang turut dinyanyikannya bersama dua penyanyi rap, Noki dan Loca B.

“Alhamdulillah kalau ramai yang ramal Gila boleh jadi juara, saya walau bagaimanapun tak rasakan tekanan itu, sebaliknya hanya nak enjoy sahaja pada masa final itu nanti.

“Seperti yang kita tahu AJL 35 adalah pertandingan untuk penciptaan lagu dan saya percaya Gila membuka ruang baharu dalam industri muzik tempatan dengan bunyinya yang unik.

Tiga penyanyi lagu Gila ini sudah bersedia mengegarkan pentas AJL 35.

“Saya percaya lagu itu memang dah ada tempat di hati (peminat), bukan saya nak kata percaya dan bangga dengan nyanyian saya sebaliknya saya yakin dengan kekuatan lagu itu sendiri,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menjelang malam anugerah berprestij itu, Kaka berkata dia sudah berlatih sejak beberapa minggu lalu dengan Noki dan Loca B bagi memantapkan lagi persembahan mereka.

Alhamdulillah kalau ramai yang ramal Gila boleh jadi juara, saya tak rasakan tekanan itu.

“Setakat ini, boleh kata dalam 80 peratus kami sudah bersedia. Selebihnya, sekarang kami berperang untuk sentiasa menjaga kesihatan dan stamina untuk berikan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti.

“Kami akan berlatih dalam tiga hari seminggu dan bonding itu dah cukup kuat, malah kami selalu berbincang untuk menambah baik apa yang perlu,” katanya.

Pengacara AJL 35, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Buat pertama kalinya, AJL 35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *