Hiburan

Lelaki Ni Berkeras Nak Beli R0kok Walapun Kedai Dh Tutup. Sekali Dia Bagi Cadangan Buat Cashier Terdiam Sekejap

Kerajaan membenarkan waktu operasi beberapa sektor perniagaan antaranya kedai runcit dan serbaneka, dilanjutkan hingga pukul 12 malam sebelum ini. Ini untuk memudahkan orang ramai untuk membeli barang keperluan dan ada masa yang panjang supaya tidak terkejar-kejar serta membantu ekonomi peniaga-peniaga.

Tular baru-baru ini satu rakaman video yang menunjukkan seorang individu ingin membeli r0k0k di sebuah kedai/stesen minyak(tidak dapat dipastikan) semasa ‘closing time’ dimana mesin cashier atau post sudah ditutup.Pekerja terbabit jelaskan transaksi tidak dapat dijalankan kerna mesin post dan sistem sudah ditutup. Kejadian berlaku difahamkan sudah lebih pukul 12 malam.

Individu lelaki terbabit berkerss tetap ingin membeli r0k0k, dan cadangkan pekerja itu masukkan duit pada esok harinya, dimana dia akan serahkan duit itu kepada pekerja dahulu. berlaku sedikit perbalahan seperti dalam video dibawah ini.

“Otak u tutup ke tak”

Lelaki itu juga mempersoalkan kebijaksanaan pekerja  terbabit dan menayakan beberapa soalan berbentuk pr0vokasi

VIDEO

Orang ramai berikan pendapat masing-masing, ada bersetuju dengan lelaki itu dan sebaliknya. Namun apa yang pelik ialah macam mana individu lelaki ini boleh memasuki premis ini kalau sudah lebih pukul 12 malam. Mungkin ada penjelasan disitu.

Terdahulu KERAJAAN mengumumkan operasi perniagaan di seluruh negara dibenarkanbermula dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam, bermula 5 Mac ini.

Ia berikutan tiada lagi negeri berada dalam status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tarikh itu.

Pengumuman itu dibuat oleh oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang.

Ia sekali gus bermakna kedai makan dan restoran juga boleh dibuka sehingga pukul 12 malam.

“Perniagaan di kawasan PKPB (PKP Bersyarat) dan PKPP (PKP Pemulihan), seperti yang saya umumkan, ia boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam.

“Dari segi pelancongan pun, dibuka dari 6 pagi hingga 12 malam, ataupun mengikut ketetapan oleh Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.

“Kalau katakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam lesen mereka menetapkan hingga pukul 2 atau 3 pagi, kita hadkan kepada pukul 12.

“Kalau PBT tetapkan sampai pukul 10, maka mereka perlu patuh kepada peraturan ditetapkan atau tindakan boleh diambil kepada premis yang beroperasi lebih masa ini,” ujarnya.

Berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) hal itu, Ismail Sabri berkata ia boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagaimana diumumkan sebelum ini.

sumber: ASN Network, mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *