Uncategorized

Kisah Uncle Tat Benci Yun Fat Kerana Tak Bagi Pinjamkan Duit Ketika Dia Susah, Namun Sebenarnya Itu Pengajaran Paling Berharga

Sebelum meninggal dunia, Ng Man Tat banyak berkongsi hidupnya dengan para peminatnya. Niatnya hanyalah agar kisah hidupnya dijadikan tauladan kepada generasi baharu.

Salah satu kisah yang sempat dikongsikannya adalah bagaimana persahabatan dia dengan Chow Yun Fat retak hanya kerana pelakon itu tidak mahu meminjamkannya wang ketika dia kesusahan.

Ng Man Tat dikenali dengan persahabatan akrabnya dengan Stephen Chow. Namun sebenarnya pada awal kemunculannya sebagai pelakon, dia juga sangat rapat dengan Chow Yun Fat.

Di mana menurut Ng, dia dan Chow Yun Fat sudah bersahabat sebelum pelakon bintang itu menjadi popular. Ketika Ng Man Tat mulai menjadi popular, dia mulai menikmati kejayaan dan wang yang banyak. Dan dia kemudian ketagih judi dan arak. Tabiat itu menurutnya semakin teruk dan kronik.

Ketika Ng Man Tat menikmati kejayaannya sebagai pelakon, Yun Fat mulai membina namanya menerusi siri The Bund. Yang menjadi antara drama bersiri paling berjaya dalam sejarah.

Selepas drama itu, nama Chow Yun Fat mendadak naik. Namun Ng Man Tat pula mulai menolak beberapa tawaran kepadanya kerana dia tak mahu jadual kasinonya diganggu.

https://twitter.com/mandarinjer/status/1365612385680072711?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1365612385680072711%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Faxello.net%2Fkisah-uncle-tat-benci-yun-fat-kerana-tak-nak-pinjamkan-wang-ketika-dia-susah-namun-sebenarnya-itu-pengajaran-paling-berharga%2F

 

Pada 80-an Ng Man Tat mulai menempa nama di Taiwan. Malah dia menyatakan tawaran datang kepadanya hampir setiap hari.

Dia kemudian semakin teruk bersosial. Pergi ke kelab malam, makan di restauran eksklusif serta berjudi dengan pertaruhan yang besar. Tanpa dia sedari, perbelanjaannya lebih laju mengalir daripada wang masuk.

Namun pada masa itu Ng Man Tat menyatakan pada masa itu dia tak banyak fikir, yang penting dia seronok. Dia memenuhi kesemua jemputan berjudi dan parti.

Ng Man Tat mendedahkan pada masa itu hutang kad kreditnya mencecah HK$300,000 ataupun sekitar RM157,000. Jumlah itu sangat besar pada masa itu.

Dia kemudian kembali ke Hong Kong dalam keadaan hutang keliling pinggang. Namanya disenarai hitam oleh TVB kerana masalah disiplin sebelum ini. Bank menghubunginya setiap hari.

Lalu dia meminta bantuan Chow Yun Fat. Malangnya Yun Fat memberitahunya: “Ng Man Tat, kamu selesaikan sendiri masalah hutang kamu.”

Pada masa itu dia sangat terluka dan marah. Malah dia turut mempertimbangkan untuk membunuh diri. Ng Man Tat diisytihar muflis dan berada dalam keadaan paling buruk dalam hidupnya.

Yun Fat langsung tidak peduli tentangnya. Lalu dia bertekad untuk kembali ke pentas lakonan dalam filem kelas A. Ajaibnya, pada suatu hari dia mendapat panggilan daripada pengarah yang mahu menguji bakat dia untuk filem hits dengan Andy Lau.

Dia bertekad akan melakukan yang terbaik kerana ini peluang dia untuk keluar daripada krisis kewangan dan membuktikan kepada Chow Yun Fat dia tak perlukan pelakon itu.

Komitmennya kali ini luar biasa. Dia kembali kepada Ng Man Tat yang mulai menceburi bidang lakonan dahulu. Walaupun Ng Man Tat berlakon banyak filem hits dengan Stephen Chow, namun filem dia dengan Andy Lau tersebut – A Moment of Romance – adalah satu satunya filem yang menjulangnya sebagai pelakon pembantu terbaik dalam Anugerah Filem Hong Kong.

Dia menganggap comeback dia sudah lengkap. Dengan trofi di tangannya sudah pasti berderet tawaran akan tiba selepas ini.

Yun Fat ketika itu menghadiri anugerah tersebut dan dia menghampiri Ng Man Tat untuk mengucapkan tahniah. Namun Man Tat sangat terluka dan marah dengan Yun Fat. Dia tak melayan malah sengaja menunjukkan dia mengelak daripada Yun Fat.

Tindakan Man Tat itu membuatkan pengarah filem tersebut kecewa dan dia memberitahu Ng Man Tat, bahawa yang mencadangkan nama Ng Man Tat kepada mereka adalah Chow Yun Fat.

Jika tidak atas rekomendasi Chow Yun Fat, mustahil mereka mengambil pelakon yang memiliki reputasi bermasalah ketika itu. Namun Chow Yun Fat memberikan jaminan bahawa Ng Man Tat akan membuatkan mereka semua bangga, kerana dia sudah sedar akan kesilapannya.

Mendengarkan cerita itu, alangkah menyesalnya Ng Man Tat. Dan dia terus menghubungi Yun Fat untuk meminta maaf di atas tanggapan buruknya kepada Yun Fat selama 10 tahun lamanya dia bencikan rakannya itu.

Yun Fat langsung tak menyimpan dendam malah mereka terus bertepuk tampar sebagai kawan seperti dahulu.

Ng Man Tat kemudian menceritakan, setahun selepas mereka berbaik semula, akhirnya Yun Fat menceritakan kisah kenapa dia pada masa itu tak mahu meminjamkan Man Tat duit.

Yun Fat merasakan jika dia membantu Ng Man Tat dengan memberikannya wang pada masa itu, ianya hanya sia sia. Kerana Ng Man Tat pasti akan ke kasino lagi untuk berjudi. Chow Yun Fat hanya akan membantu Ng Man Tat jika dia dapat meninggalkan tabiatnya yang kaki judi. Namun ternyata selepas dia muflis dia meninggalkan tabiat itu dan Yun Fat membantunya mencari kerja.

Yun Fat menegaskan, dia tahu Ng Man Tat akan membencinya, namun dia tetap dengan pendiriannya. Bukan itu sahaja filem yang Yun Fat cadangkan nama Ng Man Tat. Ada beberapa lagi dia cuba bantu. Namun ramai pengarah masa tu sudah hilang kepercayaan kepada Ng Man Tat.

Ng Man Tat tidak menafikan, jika Yun Fat masa tu memberikannya wang, dia memang akan ke meja judi.

“Jika dia bantu saya masa tu, saya akan terus berterusan bergantung kepadanya dan tidak berusaha. Saya akhirnya faham, dia nak saya merasai dahulu detik kejatuhan itu dan belajar daripadanya.”

Selepas itu Ng Man Tat mulai membuang tabiat ju.di dan kaki botol itu. Dia mulai komited dengan kerjaya lakonan. Hasilnya sangat luar biasa. Dia mulai menjadi side kick kepada Stephen Chow dan menjadi salah seorang pelawak legenda.

Itulah kisah mendiang Ng Man Tat dengan Chow Yun Fat yang sempat dikongsikannya sebelum dia meningg4l dunia pada hujung Februari 2021.

Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi

KUALA LUMPUR: Stephen Chow Sing Chi itu seorang pelakon legenda, dan sentiasa menjadi kegilaan penggemar filem Hong Kong di negara ini.
Tetapi dalam kebanyakan filem beliau yang menjadi ‘hit’, akan sentiasa ada ‘sidekick’nya yang turut dianggap legenda – Ng Man Tat.
Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meni.nggal dunia hari ini setelah bert4rung ny4wa di h0spital akibat b4rah hati.

“Beliau telah menjalani pembed4han dan menjalani rawatan kem0terapi sejak dua bulan lepas, tetapi tahap kesih4tannya mer0sot dan k0ma.

“Beliau kemudian telah dipindahkan ke unit rawatan rapi, dan para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk bersiap sedia.

“Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kes4kitan yang sedang dit4nggung amat pe.rit. Ketika itu beliau sudah memgambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kes4kitan, tetapi ia sudah tidak berkesan,” kata aktor Tin Kai-man kepada media tempatan.

Chow, Ng, dan Tin masing-masing pernah berganding bahu membintangi filem yang sama iaitu Shaolin Soccer.

Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meningg4l duni.a hari ini setelah bertarung ny4wa akibat b4rah hati.

Dalam filem tersebut, Chow membawa watak sebagai ‘Mighty Steel Leg Sing,’ Ng sebagai ‘Golden Leg Fung,’ dan Tin sebagai ‘Iron Shirt’.
Generasi rakyat Malaysia yang lahir pada era 80-an juga pasti tidak akan lupa filem Fight Back To School, yang turut dibintangi Chow dan Ng.

Dalam pada itu, Tin dilaporkan sebagai berkata, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pada awalnya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media bagi membolehkan Ng menjalani r4watan dengan tenang.

“Sewaktu pemeriksaan, kami mendapat tahu beliau sebenarnya mempunyai tum0r. Dua bulan lepas beliau kembali ke Hong Kong dari Macau untuk menjalani pembed4han dan kem0terapi. Selama ini Ng berada di hospital,” katanya lagi.

Portal Today Singapore melaporkan Chow merupakan antara mereka yang terawal berjumpa dengan Ng sejurus mengetahui rakan baiknya berada dalam kes4kitan.

Biarpun hubungan mereka dilaporkan tidak berapa baik dalam tempoh kebelakangan ini, itu sama sekali tidak menghalang Chow untuk terus menunjukkan sayang dan sikap ambil beratnya kepada rakan-rakan seperjuangan, terutama sekali untuk Ng.

Selamat tinggal, Ng Man Tat (1951-2021).

sumber: https://axello.net/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *