Entertainment

Lelaki ini menjadi individu pertama di Malaysia dikenakan kompoun sebanyak RM 10,000. Ini puncanya sampai kena kompoun sebanyak itu

SEORANG lelaki dipercayai menjadi individu pertama di negara ini yang dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi sekeping surat saman yang tular di media sosial, individu berkenaan didapati gagal mematuhi SOP PKPB dan tidak mengimbas kod MySejahtera ketika memasuki sebuah premis di Bukit Jalil, semalam.

Gambar yang dikongsi di Facebook itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kalau baru sebulan kena ikut sop, scan tu, maka boleh la kita nak tolerate… tapi dah setahun.. susah dah nak bagi alasan kecuali dia cakap, dia baru balik ke Bumi,” kata Firdaus Shakirin.

“Area Bukit Jalil memang hampir setiap hari ada operasi sop pkpb ni kat kedai-kedai makan dan sekitarnya. Jadi jaga-jagalah yang malas nak ikut undang-undang ni. Benda mudah tak susah pon nak buat,” kata Aien Mior.

“Setahun dah kita hidup dalam keadaan wabak. Sepatutnya dah jadi rutin setiap kali masuk ke mana-mana premis untuk scan MySejahtera dan jaga SOP. Tapi tetap ada yang tak cakna dan malas,” kata Naza AR.

“Benda senang pun susah nak ikut, pastu melalak salahkan kerajaan dan penguatkuasa.. Sendiri yang bebal,” Mohd Fairuz Yahaya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kompaun maksimum RM10,000 itu hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan.

Tambahnya, pesalah ini meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.

Bagaimanapun individu yang dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara.

Sebelum ini denda hanyalah RM1000 sahaja tetapi bermula dari semalam kompaun telah dinaikkan maksimum RM10 Ribu. Bukan sikit sikit tue..

Gambar yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen dan juga mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Ini komen beliau.

Kompaun RM10,000 sebab gagal scan MySejahtera di kedai makan Bukit Jalil.

Polis terpaksa mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 bagi setiap notis yang dikeluarkan.

Polis tiada kuasa untuk tulis kompaun yang lebih rendah (atau lebih tinggi) sebab terpaksa mengikut pindaan Ordinan Darurat dibuat kerajaan PN yang naikkan kompaun bagi sesiapa yang melanggar SOP.

Cara Ordinan tersebut digariskan kerajaan tidak membezakan kesalahan yang tidak sengaja dan tidak serius seperti lupa/gagal scan MySejahtera atau gagal pakai face mask dengan kesalahan yang amat serius seperti langgar kuarantin wajib atau rentas negeri tanpa kebenaran.

Ini satu lagi contoh kenapa langkah kerajaan wajar dibincang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu supaya ianya lebih adil pada Rakyat.

Namun nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.” – Najib Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *