Amalan

Ramai Salah Faham Isu Lempar Budak Tadika, Bukan Pelaku Kena Buang

Berikutan isu tular salah laku seorang guru di sebuah tadika yang melempar seorang kanak-kanak, guru praktikal yang dikatakan telah dipecat serta merta selepas insid3n tersebut, tampil memberi penjelasan.

Guru praktikal tersebut yang dikenali sebagai Irma menerusi ruangan komen di laman sosial Facebook menjelaskan dia guru praktikal yang merakam kejadian tersebut.

Mengakui perkhidmatannya telah ditamatkan, Irma berkata guru yang bertanggungjawab melemp3r kanak-kanak seperti yang tular, hanya dig3ntung kerja.

Pun begitu Irma mengakui pada asalnya dia hanya menjalankan rutin merakam keadaan di dalam bilik darjah untuk tujuan pembelajaran.

Namun sama sekali tidak menyangka guru tersebut bertindak kas3r terhadap seorang murid dan secara tidak sengaja telah merakamnya.

Jelas Irma lagi dia juga telah memad3mkan rakaman tersebut selepas itu.

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan tadika sekiranya apa yang didakwa Irma itu benar.

Mereka turut mempertahankan tindakan Irma kerana merakam kejadian tersebut walaupun dalam keadaan tidak sengaja.

Rata-rata memuji guru praktikal tersebut kerana berjaya memb0ngkar sikap tidak bertanggungjawab seorang guru.

Guru C4mpak Pelajar Tadika Dibeb4skan Dengan Jaminan Polis

Seorang guru wanita yang tular selepas menc4mpak muridnya dalam kejadian di sebuah tadika di Jalan Kebun, Klang telah dibeb4skan dengan jaminan polis, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, keterangan dilakukan oleh wanita berusia 22 tahun itu bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut.

“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Terdahulu, tular tindakan tidak berperikemanusian seorang guru praktikal mencampak seorang kanak-kanak di sebuah tadika di Klang.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu jelas memaparkan kanak-kanak berseragam tadika itu terlebih dahulu ditolak sebelum dilempar dan dim4rahi guru wanita itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *