Hiburan

NeeIofa sering memuji Riz, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Terdahulu KEMELUT hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tuduhan bu.ruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.

Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tuduhan mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat bur.uk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial.

Foto PU Riz (kiri) bersama Da’i Syed di hadapan Food Station miliknya.

Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.

“Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?

“Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.

Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undang-Undang.

Sementara itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.

“Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni,” ujarnya.

Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Bagi yang masih belum mengenali siapa sebenarnya PU Riz, Gempak kongsikan trivia menarik mengenai jejaka kacak itu.

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Selangor.

2. Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir namun hanya bertahan selama setahun apabila terpaksa pulang ke Malaysia akibat peperangan di sana.

“Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak.

3. PU Riz memiliki diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sekarang dalam fokus untuk sambung belajar dalam sarjana muda bidang pendidikan dan undang-undang. Insya-Allah akan bergraduasi lagi setahun setengah.

“Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.

“Cuma bukan selama-lamanya dalam bidang ini (hiburan),” tambahnya.

4. Mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

5. Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah.

6. Bakal muncul dengan lakonan pertama sebagai hero filem Ada Apa Dengan Dosa menjelang Oktober ini.

“Saya digambarkan sebagai seorang pendakwah yang belajar agama di Scotland dan bertemu dengan seorang gadis Aurora.

“Imej saya pula dibentuk dengan cara berbeza daripada diri saya, pakai seluar ket.at dan rambut diluruskan.

“Saya juga hilang 10 kilogram untuk filem ini,” kongsinya.

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

Selamat pengantin baharu Lofa-Haris

MeIeraikan segala teka-teki umum, selebriti popular NeeIofa akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini.

BerIokasikan sebuah hotel terkemuka di ibu negara, NeeIofa atau nama sebenarnya Noor NeeIofa Mohamad Noor, 32, dan Haris Ismail,26, disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah.

Mnurut sumber terdekat yang boleh dipercayai, bekas pengacara MeleTOP itu dan kekasih hatinya diijabkabulkan hari ini sekitar pukul 10.30 pagi.

” Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 24 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

Gemar bermain futsal.

Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

Sumber:k0smo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *