Uncategorized

Kena K3cam Kerana ‘Terkucil’, Sekali Komposer Kongsi Video Nabila Razali Masa ‘Rehearsal’ AJL35

SUDAH dua hari Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah dua hari melabuhkan tirai, namun nyanyian ‘terkucil’ Nabila Razali terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, komposer lagu Peluang Kedua, MFMF berkongsikan video sesi latihan menjelang AJL35 membabitkan Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instagram mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan Nabila selesa menyanyikan lagu tersebut tanpa mengalami sebarang masalah terkucil seperti yang berlaku pada malam final AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.

MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen turut menyatakan perasaan bangga dengan hasil usaha yang dilakukan Nabila menerusi karya lagu ciptaan mereka.

Masa rehearsal ok je gais. Siapa kata Nabila Razali tak boleh menyanyi.

“Kami sangat bangga dengan anda, Nabila. Kami sentiasa kagum dengan semangat yang telah anda tunjukkan dalam berhadapan pelbagai rintangan yang datang.

“Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan perkara itu,” kata MFMF.

Peluang Kedua merupakan ciptaan bersama MFMF dan komposer serta penyanyi, Hael Husaini.

Sementara itu MFMF turut menyatakan kesudian mereka untuk terus bekerjasama dengan Nabila dan Hael di masa akan datang.

Walaupun ramai yang mengecam namun kamu telah memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan.

“Kami tahu kerja keras yang anda lakukan di sepanjang perjalanan ini dan kami sangat berbesar hati agar kita bekerjasama lagi di masa hadapan. Jom?” ujarnya.

Menerusi pemerhatian di ruang komen, rata-rata netizen memuji kualiti vokal Nabila ketika sesi raptai dan berpendapat penyanyi itu tidak dapat mengawal gemuruh pada malam final.

“Dia menyanyikan lagu ini dengan sangat merdu sekali.

“Nabila okey sangat nampak dia nervous tapi tak mengapa awak tetap cantik.

Nabila pertama kali membuat persembahan di pentas AJL.

“Tolong siarkan video penuh sesi raptai ini,” tulis netizen.

Nabila antara 12 finalis berentap di pentas AJL35 yang berlangsung tanpa penonton.

Setiap persembahan finalis AJL 35 dinilai oleh 10 juri profesional tanah air yang ketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Latar Belakang dan Kerjaya Nabila Razali

Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang.

Anak kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

” Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan”. katanya sewaktu ditemuramah.

Lagu single pertama beliau iaitu “Katakan Saja” mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar.

Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.

Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single “Cemburu” yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.

Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama rantaian Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.

Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul “Pematah Hati” dan menjadi kejayaan komersial.

Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk “Cahaya Juara”.

Beliau turut menjadi pelakon utama bersama Hefny Sahad dan Raysha Rizrose dalam siri drama online Cintaku di Bumi Izmir yang disiarkan di Unifi TV, memegang watak sebagai Fara.

Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, “Vroom Vroom” dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry.

Fakta Menarik

1) Selain Nabila Razali, beliau juga pernah dikenali sebagai Nabila AF dan Nabila AF13.

2) Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

3) Pembabitannya dalam dunia seni bermula selepas menyertai rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013 yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz, Azhar Osman dan Faizul Sany.

Graduan AF13 bersama Hael Husaini rupanya, patutlah mereka rapat dan Hael Husaini mencipta lagu dan diberikan kepada Nabila Razali.

4) Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 dan memperjuangkan muzik bergenre pop.

5) Single pertamanya berjudul Katakan Saja. Namanya hanya benar-benar memuncak selepas kelahiran single ‘Pematah Hati’ yang mana video muzik lagu itu yang diarahkan The Storytellrs menjadi tular kerana gimik lakonan percintaan beliau dengan aktor Aedy Ashraf.

6) Lagu rakaman Nabila yang lain ialah Cemburu yang juga tidak kurang popularnya.

7) Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Cintaku Di Bumi Izmir dan Sunsilk #SISCUBA.

8) Pembabitan dalam telefilem menerusi Bibik Aku Nak Kahwin, Ustaz Baru Nak Start dan Pengantin Lari Culik Artis.

9) Dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10) Menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Malaysia sebelum meneruskan di peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *