Hiburan

MK Sanggup Bungkus Kasut Masa Nak Redah Hujan. Sekali Terdedah Harga Sebenar Yg Memang Tak Masuk Akal

Sebut sahaja kumpulan K-Clique, pasti semua teruja dan mengenali kumpulan Hip Hop yang telah mencipta satu fenomena baru dalam industri tanah air. Lagu-lagu mereka yang sering meraih jutaan tontonan di laman You Tube sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.

Antara lagu-lagu mereka yang trending adalah seperti Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna dan lain-lain lagi. Namun dalam kalangan anggota kumpulan ini, tidak dinafikan, MK antara ahli yang seringkali mendapat perhatian lebih dari warganet.

Kumpulan K-Clique merupakan sebuah nama yang telah mencipta fenomena baharu dalam dunia muzik Hip Hop semasa, selepas beberapa lagu mereka mendapat perhatian dan meraih jutaan tontonan di laman Youtube.

Antara lagu hits K-Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Licik, Mimpi dan Warna.

Di kalangan kesemua anggota kumpulan ini, tidak dinafikan MK antara yang acapkali menerima publisiti di muka media, serta menjadi buah mulut di kalangan peminat, khususnya wanita.

Terbaru, MK yang berkongsi di laman instagramnya memuatnaik video berdurasi 30 saat yang bertajuk “cara-cara menyelamatkan kasut kesayangan anda”. Perkongsian itu ternyata membuatkan pengikutnya masing-masing membongkarkan harga sebenar kasut yang dipakai oleh MK!

RM40K-RM60K

Tahukah anda, bukan calang-calang kasut yang ingin diselamatkan MK tersebut! Harga kasut yang berjenama antarabangsa itu mampu membuatkan warganet menelan air liur! Kata warganet, kasut MK itu berharga 40ribu ke 60ribu ,patutlah berbalut sanggup berbungkus plastik nak mered4h hujan kan.

Komen warganet:

Jom berkenalan lebih rapat dengan bintang rap ini yang dikatakan sudah berjinak-jinak dengan muzik hip hop sejak zaman persekolahan lagi.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Dikenali umum sebagai MK (K-Clique).

2. Nama panggilannya di kalangan rakan-rakan ialah Hairi dan Mat.

3. Berusia 23 tahun (2019).

4. Kelahiran Tawau, Sabah.

5. Kediamannya terletak di Tanjung Batu Tengah, Tawau.

6. Merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai enam orang kakak dan seorang adik lelaki. Dua daripadanya telah meninggal dunia.

7. Berkelulusan dalam jurusan Pengajian Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah.

8. Menganggotai kumpulan K-Clique yang antara lain disertai tujuh lagi ahli iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas yang mana kesemua mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Fakta Menarik

‘MK’ merupakan singkatan kepada namanya sendiri iaitu Muhammad, manakala K pula merujuk kepada nama ibunya, Kamariah.

MK bersama K-Clique mula bertapak daripada komuniti muzik ‘underground’.

Mengidolakan bintang hip hop ternama, kumpulan Too Phat.

Mula bergiat serius dalam bidang nyanyian selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Bercadang menetap di Kuala Lumpur sekiranya keadaan stabil dan mendapat kata sepakat daripada ahli K-Clique yang lain.

Dahulunya beliau merupakan penggemar sukan futsal dengan turut menubuhkan pasukannya sendiri dinamakan sebagai Whuutt FC.

Mempunyai personaliti yang santai, juga seorang yang pemalu.

Tak percaya? Sila lah anda buat carian di internet jenama Nike air jordan x dior. Pasti anda juga terkejut melihat harganya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Ig hairiwhuut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *