Amalan

Dakwaan individu dikuarantin dihidang menu b4bi, ini reaksi MKN Perak

Ipoh: Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak sedang menyiasat dakwaan individu yang menjalani kuarantin di hotel di sini mendapat hidangan yang mempunyai babi.

Pengarahnya, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu terbabit.

“Kita sedang menyiasat tentang kenyataan yang ditularkan oleh individu berkenaan dan pihak kami sudah sedia maklum berhubung perkara ini sejak dua hari lalu.

“Jadi, ketika ini kita sudah menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairul Ridzuan berkata, secara umumnya segala urusan berkaitan makanan, penginapan, keperluan asas penghuni adalah di bawah tanggungjawab agensi di pusat kuarantin.

“Jawatankuasa yang bertanggungjawab daripada agensi ini mungkin akan menyemak semula adakah perkara ini benar atau tidak,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial individu yang menjalani tempoh kuarantin itu mendakwa mendapat hidangan yang mempunyai babi walaupun kakitangan hotel sudah pun sedia maklum sejak dari awal dirinya sebagai ‘vegan’ selain beliau tidak memakan hidangan babi atas sebab keagamaan.

Individu terbabit turut bertambah kesal dengan situasi kerana sudah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel berkenaan.

‘Belum masa untuk rentas negeri’ – KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyifatkan belum masanya untuk rentas negeri dibenarkan walaupun jumlah kes harian baharu C0VID-19 menunjukkan penurunan ketika ini.

KKM menjelaskan, beberapa kluster baharu yang dikesan akibat aktiviti rentas negeri, jelas menunjukkan pandemik itu masih di tahap bahaya dan jangkitan sangat mudah berlaku.

Membuktikan perkara itu, KKM mengambil contoh Kluster Bukit Bayas di Terengganu dan Kluster Pasai di Sarawak yang berlaku akibat aktiviti rentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga meninggal dunia.

“Bermula dengan majlis tahlil yang dihadiri 45 ahli keluarga termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang akhirnya menjadi kluster apabila 15 daripada mereka disahkan positif C0VID-19.

“Kontak rapat keluarga menjangkiti kontak rapat di tempat kerja dan kontak rapat sosial termasuk rakan joging serta rakan main golf.

“Kluster Bukit Bayas adalah kluster rentas negeri terbaharu di Terengganu membabitkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan merebak di lima daerah,” kata KKM dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu turut memetik Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, yang memaklumkan kes sedemikian pernah berlaku di Besut, Terengganu, apabila ahli keluarga dari Kuantan dan Johor menziarahi nenek berusia 100 tahun yang sakit tua.

Ia menyebabkan lima ahli keluarga dikesan positif C0VID-19 termasuk nenek yang uzur dan akhirnya meninggal dunia.

KKM menjelaskan, Kluster Pasai di Sarawak membabitkan aktiviti rentas negeri kes indeks dari Johor yang pulang ke Sibu bagi menghadiri pengebumian mendiang bapanya sebelum menyebar jangkitan ke rumah panjang.

“Lebih 2,600 dikesan positif dan kluster itu masih aktif dan merebak hingga generasi keenam. Dua kluster ini menjadi contoh mengapa pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

Jelas KKM, rentas negeri untuk kes kecemasan dibenarkan namun individu yang mahu berbuat demikian perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk melindungi ahli keluarga daripada risiko penularan C0VID-19.

“Jika diri kita kurang sihat dan bergejala, langkah paling selamat untuk diri sendiri dan orang lain ialah tidak perlu rentas negeri.

“Walaupun jumlah kes j4ngkitan baharu menunjukkan trend penurunan, belum tiba masanya kita merentas negeri kerana pandemik ini masih bahaya dan j4ngkitan sangat mudah berlaku,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *