Uncategorized

“Mungkin hari ini dia membancuh air sahaja” – Faizal Hussein

Bakal muncul menerusi tiga buah filem dan sebuah drama super series, pelakon senior, Faizal Hussien menyatakan rasa syukur kerana sehingga kini, dirinya masih lagi menjadi pilihan para pengarah meski telah mencecah usia separuh abad.

Menurut Faizal, keikhlasan ketika bekerja dan sentiasa menjaga hubungan baik sama karyawan menjadi pendorong buat dirinya untuk kekal relavan sehingga ke hari ini.

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin cara kerja saya yang membuatkan saya relevan sampai ke hari ini. Apabila kita bekerja, kita harus melakukannya seikhlas mungkin.

“Bekerja di hadapan layar ni bila kita tak ikhlas, reaksi tersebut akan jelas terpancar di wajah kita. Apabila kita ikhlas, segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Malah, perhubungan antara saya dengan pekerja-pekerja filem yang menjayakan sesuatau projek juga baik.

“Saya tiada membezakan orang-orang di set. Saya layan mereka semua sama. Sebagai contoh mungkin hari ini dia membancuh air sahaja, siapa tahu 10 atau 15 tahu lagi dia pula yang jadi pengarah atau producer,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Buhonan itu ditemui di set lokasi MHthrowback, baru-baru ini.

Ditanya mengenai sikap segelintir pelakon yang sering mengambil mudah mengenai kualiti lakonan mereka, ini reaksi jujur yang diberikan oleh bapa kepada dua cahaya mata itu;

“Perbezaannya pada zaman dahulu, stesen tv tak banyak dan job pun terhad. Jadi, tiap-tiap kerja yang dilakukan oleh pelakon lama ini selalunya seikhlas dan sebagus yang mungkin.

“Apabila zaman dah berubah, stesen tv dah banyak dan job pula berlambak-lambak, jadi tanggapan pelakon tu sendiri membuatkan mereka jadi kurang serius dengan kerja mereka.

“Bila job dah banyak, selepas satu projek ke satu projek, ia membuatkan seseorang itu rasa macam ‘Ah..Aku tak buat pun takpa. Di situlah hilangnya disiplin dan hubungan baik dengan pekerja-pekerja filem yang lain.

“Mungkin dia jadi riak atau sombong pasal dia dah popular pada zaman sekarang. Kalau zaman dulu, bila kita buat satu projek ini kita tak tahu projek akan datang. Mungkin itulah perbezaannya,” jelasnya lagi.

Tiga buah filem lakonannya yang bakal menemui peminat ialah Daddyku Gangster, Harum Malam dan Remp-it 2

Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni. Suhaila Sulaiman yang bakal meniti usia 44 tahun pada 29 Jun nanti juga seorang pelakon dan pernah bergandingan bersama Faizal Hussein menerusi drama Sayang Puteri.

Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu. Hasil perkongsian hidup 16 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-15 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 12 tahun.

Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.

Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.

sumber: media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *