Hiburan

Dah Masuk 3 Hari Tapi Masih Berduk4, Sekali Kata2 Datin Alyah Kpd Nabila Razali Memang Makan Dalam

Masih belum reda, nama penyanyi Nabila Razali disebut-sebut setelah berakhirnya Anugerah Juara Lagu (AJL) 35.

Persembahan Nabila melalui lagu Peluang Kedua pada malam anugerah itu mendapat reaksi ramai setelah beliau dikatakan tidak cukup bersedia untuk AJL 35.

Seakan masih terkesan dengan perkara berkenaan, Nabila telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada awal pagi 17 Mac 2021.

Walapun dah masuk tiga hari selepas insid3n terkucil dia AJL 35, hantaran terkini Nabil dii IG beliau itu  disertakan dengan emoji pa.tah hati.

Terpanggil untuk memberi semangat, penyanyi Datin Alyah pada tarikh sama telah memuat naik satu perkongsian melalui laman sosial tersebut.

Melalui caption:-

“Salam subuh

Terpanggil utk berckp tentang adik kita yg lawa dan peramah ni.(byk kali jumpa dia akan sapa kita dulu)”

Alyah memuji keperibadian ‘adiknya’ kerana dilihat seorang yang menghormati orang lain.

Beliau juga memberitahu, kekalahan yang bermaruah apabila seseorang itu sudah melakukan yang terbaik.

Keberanian yang ditunjukkan Nabila juga adalah sesuatu yang hebat.

“Kalah seorang serikandi.

Dia kalah berm.aruah.

Dia jalankan tugas dia dgn sehabis baik.

Seumpama dia berlari ke medan per4ng dgn ped4ng yg tumpul.

Bukan ped4ng tu yg harus kita lihat.

tapi keberaniannya turun kemedan per4ng itu yg harus dipandang.

TAHNIAH adik @nabila.razali”

Alyah juga mahu Nabila melihat perkara yang berlaku daripada sudut positif.

“pandang positive

Kamu lebih diingati dari yg lain.

Bukti sampai ke hari ini semua masih berckp mengenai kamu  (tak kisahlah buruk atau baik)”

Namun, ada persoalan yang diutarakan beliau di hujung tulisannya.

“Cuma nak tanya je?

Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…

Saya berckp berdasarkan pengalaman.

Situasi berbeza dipentas yg sama.

Sekian terima kasih…”

Bagaimanapun, persembahan itu sudahpun berlalu.

Segala kekurangan sepatutnya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit pada masa akan datang.

Nabila sudah melakukan yang terbaik, semoga beliau tidak mudah berputus asa.

Jumpalah Orang Lama Dapatkan Tips. Ini Tidak, Jumpa Orang Lama Tak Berte.gur – Dato’ Hattan

Terbaru, penyanyi Dato’ Hattan meminta penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) mengambil serius kredibiliti pertandingan berprestij terbabit yang kini berusia 35 tahun.

Menurut Hattan, agak mengecewakan apabila masih ada peserta yang gagal menyanyi dengan baik sehingga menjadi tular pada kalangan peminat di media sosial.

” AJL adalah satu pentas yang besar dan negara tetangga kita iaitu Indonesia pun turut menontonnya. Boleh dikata, AJL secara langsung itu ibarat membawa Malaysia untuk ditonton oleh orang luar.

” AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.

” Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu popular Biso Bonar ini turut menasihatkan mana-mana peserta pertandingan di pentas besar sebegini agar bersikap terbuka dan mengakui kelemahan yang ada.

” Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.

” Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.

” Masalahnya sekarang semua orang boleh jadi penyanyi. Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” katanya.

Jumpalah orang lama, dapatkan tip

Hattan berkata dia juga malu apabila nyanyian penyanyi berkenaan dinilai oleh seorang YouTuber Indonesia.

” Ibaratnya kalau nak pergi berp3rang, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian.

” Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.

” Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” katanya.

Hattan turut mempertikaikan tindakan penyanyi generasi baru masa kini yang gemar memuat naik segala isu termasuk kelemahan mereka di YouTube semata-mata untuk menarik tontonan yang tinggi.

Terdahulu, persembahan penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus mendapat kec4man netizen.

Ia susulan nyanyian Nabila ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi secara langsung.

Malah, ada pengguna media sosial yang menyifatkan nyanyiannya seperti itik. Tidak kurang juga, yang menulis sinis ‘mungkin bukan peluang kedua, tapi ketiga’.

” Nabila Terkucil lagi,” tulis seorang pengguna media sosial.

” Buka mulut je, dah ke laut,” komen seorang lagi netizen.

Pun begitu, ada juga warganet berasakan Nabila sudah berusaha melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua itu.

Sumber: Instagram Alyah dan Nabila Razali, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *