Hiburan

Niezam yakin Ig Nonny dig0dam, sekali Mila Jirin cerita perkara sebenar

Kuala Lumpur: Pelakon Niezam Zaidi, 29, yakin Instagram milik Nonny Nadirah, 32, yang memaparkan gambar bekas kekasihnya itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak se3ksi itu dig0dam.

Niezam ketika dihubungi berkata, dia yakin kerana Nonny tidak seperti apa yang digambarkan dalam Instagram itu.

“Saya tahu mengenai perkara ini selepas melihat di Instagram. Dia bukan seperti itu, Insya-Allah. Saya yakin Instagram Nonny digodam,” katanya kepada Harian Metro.

Niezam berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Nonny ialah pada 16 Januari lalu.

“Hari ini saya cuba menghubunginya tapi tak dapat. Cuma pada 16 Januari lalu kami ada berhubung menerusi WhatsApp. Selepas itu kami terus ‘lost contact’. Ketika itu dia okay lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Niezam mengakui rindu dengan bekas kekasihnya itu.

“Sebagai kawan yang pernah rapat dan hadir dalam hidupnya, ada sesuatu yang saya nak cakap iaitu rindu,” katanya.

Terdahulu, Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan.

Nonny memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada 25 Oktober tahun lalu, namun tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu.

Harian Metro hari ini melaporkan Nonny didakwa mengubah penampilannya kepada tidak bertudung menerusi hantaran di Instagram.

Malah, rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin berkata, Nonny mengakui dia individu yang dipaparkan di Instagram itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan Nonny berhubung perkara itu tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.

Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.

Nonny sedang diuji – Mila Jirin

KUALA LUMPUR: Tersentak melihat perubahan teman baik melalui perkongsian video dalam media sosial, Mila Jirin mengesahkan Nonny Nadirah sedang diuji.

Mila mengaku pada mulanya menyangka akaun Instagram (IG) Nonny dig0dam apabila video menampakkan sosok wanita mengenang blaus putih, stokin jaring dengan rambut paras bahu, dimuat naik di laman sosial temannya itu.

“Saya tidak percaya dan terkejut melihat video terbabit dimuat naik dalam akaun media sosialnya… Sampai saya fikir akaun IG dig0dam.

“Ketika bercakap dengannya, Nonny mengesahkan wanita dalam video berkenaan adalah dirinya.

“Jika mengikut cara saya bertanya siapa wanita terbabit, dia beritahu itu dirinya… Saya cukup tersentak.


Semakan di akaun IG Nonny mendapati entri lama yang dimuat naik pelakon itu sudah dipadam. Foto IG Nonny Nadirah
“Ketika ini, Nonny berada di Sabah. Kalau dekat, saya sudah mencarinya untuk berjumpa dan memberi sokongan moral,” katanya kepada BH Online.

Malam tadi, Nonny memuat naik video menampakkan sosok wanita mengenang blaus putih, stokin jarung dengan rambut paras bahu, lantas mengejutkan pengikut.

Namun, wajah wanita terbabit tidak kelihatan berikutan pelitup muka bersaiz besar yang dipakai individu berkenaan.

Malah, ruang komen ditutup dan entri lama dipadam.

Peminat mula membuat spekulasi Nonny yang sebelum ini bertudung, sudah mengubah penampilan seperti dahulu.

Mila atau nama penuh, Noorsyarmilla Jirin berkata, Nonny mengadu dirinya tidak kuat diuji.

“Nonny sebut dia tidak kuat diuji itu dan ini… Dia meminta agar semua orang mendoakannya,” katanya.

Dalam perbualan kira-kira 30 minit itu, Mila meminta Nonny memadamkan video berkenaan.

“Namun, sampai sekarang video itu masih ada di IG. Pastinya video itu menjadi modal kecaman netizen dengan pantas.

“Sebagai sahabat, saya bimbang dan tidak mahu Nonny terus alpa. Bukan mudah untuk istiqamah.

“Namun, kita sebagai hamba-Nya kena terus berusaha menjadi yang terbaik. Ini ujian untuk kita sebagai hamba-Nya,” katanya.

Mila turut memuat naik video kenangan ketika dirinya dan Nonny mengerjakan umrah, dua tahun lalu, melalui akaun IG.

Detik itu menjadi permulaan Nonny mengenakan hijab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *