Hiburan

Baru umur 18 tahun, tapi gadis ni teruja jadi isteri kedua naik pelamin dgn ‘Madu’

Kalau dah jodoh tak kemana! Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan kisah seorang gadis ini apabila dia sudah disunting menjadi isteri orang walaupun usianya masih muda.

Video perkahwinan gadis yang dikenali dengan nama Aliya Mysara itu telah viral di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.

Jadi isteri kedua

Aliya Mysara yang berusia 18 tahun memaklumkan dirinya sudah sah menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang berumur 34 tahun. Lebih menjadi tumpuan apabila netizen turut melihat gadis itu telah ‘bersanding’ sekali bersama madunya yang berusia 26 tahun di atas pelamin.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengenakan busana pengantin yang sedondon, memang sporting habis lah! Jarang tau kita tengok pasangan madu naik pelamin sekali. Sementara itu, gadis ini berharap agar dia dan madu dapat menjaga suami mereka dengan sebaiknya selain meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan buat mereka bertiga.

Dua-dua isteri naik pelamin, ‘Doa yang terbaik untuk kami’, Sama-sama jaga suami

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata turut menumpang gembira dengan perkahwinan tersebut. Malah tidak kurang juga ada yang mendoakan agar ketiga-tiga mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.

Pada zaman sekarang, mungkin kahwin di usia muda dianggap sesuatu yang pelik dan dianggap sesuatu yang tergesa-gesa. Ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka.

Walhal, berkahwin di usia muda adalah perkara biasa dan sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan ini boleh dilihat pada perkahwinan ibu bapa kita dahulu kala. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya anda menamatkan zaman bujang anda di usia yang masih muda.

Kelebihan pasangan yang berkahwin di usia yang masih muda!

1. MEMATANGKAN HUBUNGAN

Mesti ramai yang bersetuju apabila sesesbuah perkahwinan perkahwinan itu boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.

2. TIDAK MEMBUANG MASA

Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai jumlah bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.

3. FAKTOR KESUBURAN

Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30 an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, anda mungkin akan mengalami kemerosotan. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.

4. BOLEH BERSARA LEBIH AWAL

Tidakkah anda terfikir sekiranya anda berkahwin pada awal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna pabila anda sempat menyaksikan anak anda berumah tangga dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?

5. LEBIH STABIL

Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, perkahwinan itu sendiri yang membuatkan anda menjadi lebih stabil. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Sumber: Aliya Mysara Via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *