Uncategorized

Kahwin dgn ahli perniagaan senyap2, ini biodata Elizabeth Tan yg ramai tak tahu

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, dia yang mesra disapa Lizzy memohon maaf kerana tidak sempat berkongsi berita perkahwinan disebabkan telah tular lebih awal.

Penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, dia ada bercadang mahu mengumumkan apabila sudah bersedia dan tidak menghebohkan kerana perkahwinan adalah isu kecil sahaja selain menganggap sangat peribadi.

“Gambar dan video yang tersebar mengatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat ‘intimate’ dan dibuat secara sederhana…
“…sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat,” katanya.

Pelantun lagu Semua Sudah itu turut memohon maaf kerana tidak menjemput ahli keluarga yang lain dan pihak media.

“Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pengguna Facebook dipercayai bapanya David Tan Suan Chew berkongsi gambar upacara perkahwinan Lizzy yang dilihat bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi.

Lebih menguatkan dakwaan apabila seorang pengguna Instagram dipercayai rakannya, @_esthygram_ turut memuat naik beberapa posting majlis tersebut.

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei. Nama popularnya Elizabeth Tan, namun mesra disapa Lizzy.

2. Lahir pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini berusia 26 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.68 meter.

4. Anak bongsu daripada tiga beradik. Abang sulungnya, Andrew Tan merupakan bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor, sebelum menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

6. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

8. Memperjuangkan muzik berkonsepkan Pop dan R&B.

9. Pernah membintangi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium dan Busker, serta bakal muncul dalam filem Misteri Dilaila, Escape dan Sekolahaha.

10. Juga drama My Darling Inspektor Daniel, Misteri Jenazah: “Badi Zalia”, Gerak Khas: “Jerat Kekasih” dan Senafas Rindu.

11. Termasuk telefilem The Berlian Job, Baby Bro dan Kau Roadblock Hatiku.

12. Lagu-lagu yang pernah dirakamkannya seperti Maafkan Aku, Knock Knock, The World Can Wait, Somewhere New, Setia, Are You Leaving Now, Tabah, Mama (bersama Aziz Harun), Kini Masaku, Darling, Police Entry dan Semua Sudah.

13. Pemegang trofi Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Planet Muzik ke-14, Top Personaliti YouTube Malaysia di Anugerah Influence Asia, Artis Wanita Terbaik di Anugerah Met10, Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night, Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Tertinggi di Anugerah Industri Muzik ke-22 dan Top 10 Karaoke Melayu Popular di Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night.

14. Bergelar finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 menerusi lagu Knock Knock dan AJL ke-31 menerusi Setia.

Kerap terima komen luc4h, Elizabeth Tan rasa tak adil digelar ‘objek n4fsu’

Sejak kebelakangan ini, setiap kali penyanyi cantik, Elizabeth Tan memuat naik posting terbarunya di Instagram, pasti akan ada komen-komen nakal daripada netizen lelaki yang menyentuh berkenaan seksual.

Walaupun mereka sekadar berseloroh, namun ia telah menghadirkan rasa kurang senang netizen lain sehingga ditegur oleh seorang pendakwah bebas baru-baru ini.

Tak ada hak kawal komen

Menerusi Harian Metro, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy menyangkal dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan dia sengaja memuat naik posting daring. Dia juga akui tidak punya hak untuk mengawal komen-komen nakal tersebut di Instagramnya.

“Saya tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang dibuat terhadap gambar yang dimuat naik.” Katanya
Kalau lucah FB & IG dah sekat
Tambanya lagi, dia tidak berasa apa yang dikongsikan berbaur lucah atau terlampau seksi kerana jika dia berbuat demikian sudah pasti pihak Instagram atau Facebook akan menyekat akaun miliknya.

“Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab paraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah,” jelasnya.

Tak mampu untuk kawal komen ‘gatal’

Dalam pada itu selebriti itu juga turut mengatakan bahawa tidak mampu untuk mengawal komen netizen lelaki yang sesuka hati menggelarnya sebagai simbol seks dan berasa tidak adil ‘dihukum’ sebegitu.

“Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?
“Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tak konsisten,” katanya.

Tak adil digelar sebagai ‘objek n4fsu’

Mengulas mengenai teguran pendakwah bebas berkenaan posting Instagramnya yang menjadi tempat lelaki ‘gatal’ meninggalkan komen, Lizzy menganggap apa yang dimuat naik tidak keterlaluan kerana hanya menunjukkan bakat yang ada pada dirinya.

Dia sama sekali tidak mendedahkan bahagian tubuh ketika melakukan aksi tersebut kerana berasa kagum apabila pertama kali mampu berbuat demikian.

“Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat.
“Kalau kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh bagi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya berasa tidak adil untuk menggelarkan saya sebagai ‘ objek nafsu’. Ulasnya

Sebelum ini, seorang pendakwah telah membuat teguran buat para lelaki yang begitu ghairah meninggalkan komen lucah di ruangan Instagram penyanyi tersebut.

Hal ini kerana komen-komen yang ditulis agak keterlaluan kerana ada diantara mereka adalah suami orang. Pendakwah itu juga sempat memberi nasihat kepada Elizabeth supaya mengawal setiap postingnya agar tidak mengundang kehadiran lelaki miang di setiap gambar atau video yang dimuat naik.

Sumber: Harian Metro (Najiy jefri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *