Hiburan

Nonny Nadirah Kongsi Foto Tak Butang Baju Mila Jirin Menggigil Tengok

Umum sedia maklum hubungan cinta Nonny Nadirah dan pelakon, Niezam Zaidi berakhir di tengah jalan apabila pasangan itu mengambil keputusan tidak meneruskan majlis perkahwinan yang telah dirancang.

Namun nama Nonny Nadirah tiba-tiba menjadi bualan hangaat pengguna media sosial pagi ini apabila penampilan seorang wanita berbaju putih dengan stokin jaring dimuat naik olehnya menerusi sebuah video di laman Instagram. Timbul tanda tanya dalam kalangan peminat, adakah itu Nonny?

Penampilan baru

Hantaran itu juga disertakan dengan kapsyen ‘It’s good to be back’ yang bermaksud ‘bagus untuk kembali’. Tidak dapat dipastikan apa yang cuba disampaikan oleh Nonny namun berkemungkinan dia bakal kembali dengan penampilan terbaru.

Di Instagram story, Nonny turut berkongsi video yang sama beserta lagu. Tinjaun Ohbulan juga mendapati semua gambar lama Nonny telah dipadam.

Nonny sebelum ini berpisah dengan suaminya pada 2019 sambil menyifatkan ianya jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Perpisahan ini juga membuatkan saya lebih dekat dengan Allah. Semua yang terjadi mengajar saya supaya lebih matang menangani setiap masalah dan berusaha membentuk diri ke arah yang lebih baik.

‘Aku Menggigil Tengok IG Kau!’ – Mila Minta Nonny Nadirah Terus Istiqamah, Lawan ‘Godaan’

Perkongsian terbaru Nonny Nadirah di akaun Instagram miliknya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat. Mana tidaknya, dia yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung tiba-tiba berkongsi gambar wanita ‘free hair’ dan berpakaian seksi. Namun tidak dapat dipastikan jika benar itu Nonny.

Rakan baik Nonny, Mila Jirin menerusi satu perkongsian di Instagram mengakui terkejut sambil menitipkan beberapa pesanan kepada Nonny.

Mila terkejut

Menurut Mila, dia sempat menelefon Nonny sejurus melihat IG rakannya itu bagi mendapatkan kepastian. Akui terkilan, Mila meminta Nonny untuk terus istiqamah dan tetap dengan pendirian untuk berhijab sebelum ini.

Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG kau. Aku call kau, Alhamdulillah dapat bercakap dengan kau sekejap, aku sangat sedih, sedih kenapa aku tak boleh ada tepi kau untuk dengar semua keluh kesah kau.

Non, aku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Lawan godaan syaitan! Ramai sayang kau non!

Menerusi hantaran itu juga, Mila turut berkongsi momen ketika dia bersama Nonny berada di kota suci Mekah dan Madinah suatu ketika dahulu.

Kau peluk aku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. kau peluk aku kuat kuat dan nangis sambil kau ucapkan terima kasih bawa ke tanah suci. Dekat atas bukit Marwah tu aku cakap pada kau, Allah yang jemput kau kesini, terima kasih pada Allah.

Aku puji kau nampak cantik bertudung, aku mohon pada Allah disitu juga agar kau kekal bertudung. Alhamdulillah bila kau buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah aku antara hamba Allah yang paling seronok.

Di akhir hantaran itu, Mila mengingatkan Nonny supaya mencari rezeki yang mendapat keberkatan dan meninggalkan perkara yang sia-sia.

Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah???

Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH

Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah. Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci.. Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah…Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung…Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok…

Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non…. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu

Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!

Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu

Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

non ku tau mu pasti baca posting ku ini…
non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.

terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu…

Ikhlas,
Sahabat mu ❤

Sumber: Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *