Uncategorized

Isteri dapat cash RM14,000 didakwa suaminya guna duit i-Sinar, ini penjelasan isteri

KEJUTAN seorang suami kepada isterinya membuatkan ramai menyangka ia adalah hasil pengeluaran kemudahan i-Sinar untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mana tidaknya, video yang dikongsikan seorang wanita menerusi aplikasi TikTok menunjukkan lambakan wang kertas RM50 disimpan dalam laci sebuah almari.

“Suami suruh buka laci. Katanya dia beli mekap baru. Tapi 14k (RM14,000) dia bagi. Nak buat apa ni?” menurut keterangan video yang meraih lebih 570,000 tontonan.

Wanita berkenaan, Amy Mastura Sazali memberitahu, wang berjumlah RM14,000 tersebut diberikan suaminya minggu ini sebagai kejutan yang tidak disangka-sangka.

Sebahagian wang yang diterima, disimpan di bank.

Dia pada mulanya berasa sedih kerana suaminya seolah-olah terlupa hari ulang tahunnya ke-26 pada 15 Februari lalu, yang mana dia kebiasaannya akan diberi kejutan kek hari jadi.

“Itu bukanlah duit i-Sinar atau apa-apa seperti yang disangka netizen, tetapi sebenarnya ia adalah hasil bisnes suami yang dibuat sebagai kejutan untuk saya.

“Duit dalam laci di rumah itu adalah hasil dia sendiri yang saya tak tahu. Masa saya cari laci tu berdebarlah juga dan saja rakam. Bila tengok ada duit, saya panggil suami kata ‘apa ni, apa ni, nak buat apa ni?’ Tapi saya terharu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Amy, dia mendedahkan perkahwinannya pada 2016 berlangsung secara ringkas dengan hanya mengadakan akad nikah.

Amy terharu menerima kejutan daripada suami.

“Dulu masa kahwin pun tak ada kenduri, tak ada majlis. Tak ada pun hantaran mahal-mahal. Saya kahwin dulu hantaran RM1,000 saja.

“Ayah saya buat akad nikah saja sebab masa tu saya dan suami memang tak ada duit. Ayah tak kisah siapa pilihan saya, tapi ayah terima sebab suami pandai berdikari,” ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Sebelum kahwin dia kerja biasa saja di kilang. Bila dah senang sikit dengan bisnes sekarang, barulah dia hadiahkan duit.

Mengulas lanjut, katanya, suaminya bekerja di sebuah kilang dan enam bulan selepas mendirikan rumah tangga, masing-masing melibatkan diri dalam bisnes sabun.

“Sebelum kahwin dia kerja biasa saja di kilang. Bila dah senang sikit dengan bisnes sekarang, barulah dia hadiahkan duit.

“Bila dah kira sendiri baru saya tahu jumlahnya, saya tak pernah dapat duit sebanyak tu. Sebelum ni suami ajak pergi kedai emas saja.

“Saya tak tahu nak buat apa sebab banyak sangat. Jadi, saya putuskan untuk berikan sedikit wang kepada ibu bapa mentua saya dan sejumlah besar disimpan di bank,” ujarnya.

Amy (kiri) menyifatkan suaminya seorang yang berdikari dan penyabar.

Dalam pada itu, Amy turut menyifatkan suaminya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang selain berdikari sejak sebelum mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah suami okay, seorang yang penyabar. Tak pernah tinggi suara. Apa-apa dia akan cerita dengan saya,” katanya yang kini mengusahakan produk kecantikan.

Selain komen mengenai wang hasil pengeluaran i-Sinar, ibu kepada dua cahaya mata turut mendedahkan terdapat netizen yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada suaminya.

“Ramai yang nak jadi madu saya. Tak tahulah nak kata apa. Saya gelak je la. InsyaAllah suami saya tahu siapa susah senang dengan dia,” katanya.

Rezeki Allah yang pegang, mintalah dengan Dia…

Mesti ramai diantara kita yang pernah alami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Kalau student, time tak cukup duit kita tengok nanti akhir bulan. Buat yang dah bekerja pula sering saja dikaitkan dengan hutang keliling pinggang.

Rezeki atau pun nikmat dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Sebab tu kalau kita tengok orang bukan Islam pun ada banyak harta yang melimpah ruah. Itulah sifat Al-Rahman Allah. Dia akan beri kepada sesiapa saja baik muslim atau pun non-muslim yang berusaha mencari rezeki.

Memang betul bila nak dapatkan rezeki ni, usaha kena bersungguh-sungguh. Tapi, Mama Siti nak share beberapa amalan yang mama boleh cuba supaya mudah dikurniakan rezeki. Nak tau, cepat skrol bawah.

Petua Murah Rezeki Yang Wajib Diamalkan

Amalan ini menjadi sebab kenapa seseorang itu tak dapat rezeki yang murah seperti orang lain yang telah di anugerahkan oleh Allah SWT.
1. Tarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tak tahu bahawa amalan bersedekah mampu bawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islamni sama sekali takkan kurangkan wang kita, malah menambah lagi rezeki dan kekayaan kita. Tak percaya?

Bersedekahlah tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mama pernah tak didatangi seorang peminta sedekah, meminta sedikit wang untuk membeli makanan? Apa respon mama terhadapnya? Berapa banyak wang yang mama berikan?

Bersedekah bukan bermaksud kita bagi sekecil-kecil wang yang kita miliki. Contohnya kalau mama bagi 10 sen kepada peminta sedekah tersebut. Bagus tindakan mama bersedekah tapi dalam hati berkata, “Mesti ada orang lain lagi yang akan bagi duit kat dia. Jadi tak payah bagi banyak sangat.” Kalau macam ni cara mama bersedekah, tak betul caranya.

Seba sepatutnya niat kita bukanalah untuk bersedekah, tapi sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” tu. Takkanlah mama hanya mampu hulur 10 sen saja, kan? Padahal duit berkepuk dalam dompet.

Sedekah Mesti IKHLAS!

Petua Murah Rezeki Yang Wajib Diamalkan
Berinfak atau bersedekah mengikut kemampuan anda sebanyak dan sebaik mungkin.
Selalu kita dengar orang kata, kalau nak bersedekah kena ikhlas. Ikhlaskan hati sehabis mungkin. Jangan pula time kita bagi sedekah tapi dalam hati kita berniat agar peminta sedekah tu segera beredar. Atau tiba-tiba rasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang tu.

Satu lagi yang mama kena ingat, ketika menghulurkan sedekah, janganlah pula disusuli dengan perkataan yang menyakitkan hati si penerima. Contohnya, “Guna duit ni untuk perkara baik-baik, jangan pula membazir.”

Memang niat kita baik, nak batu orang tu, tapi dalam masa yang sama kita dah sakitkan hati si penerima tersebut. Jadi tindakan kita yang nak bersedekah tadi dah tak jadi sedekah dah. Rugi kan?

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Mama kena ubah mindset tu. Harus ingat dalam setiap rezeki yang mama terima, pasti sebahagiannya milik orang lain.

Pernah tak lihat amalan masyarakat kita yang beri barangan atau pakaian buruk yang dah lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, kita sedekah wang atau barangan yang masih baik, dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita nak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tak bernasib baik.

2. Tarik Rezeki Dengan Berdoa

Petua Murah Rezeki Yang Wajib Diamalkan
Minta dahulu kepada Allah, selepas itu teruskan berusaha.
Selepas berusaha melakukan sesuatu kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita, cepat atau lambat saja.

Sebelum memulakan kerja, apa salahnya kalau mama mulakan hari mama dengan doa dulu. Pohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja untuk cari rezeki yang halal. Yang kita mahukan mestilah dilimpahkan rezeki yang halal dan paling penting, berkat.

3. Amalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ni sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang amalkan solat sunat ni seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ni satu-satunya solat yang berikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.

Solat dhuha ni ibarat magnet rezeki. Bila kita selalu solat dhuha, bergantung kepada Allah SWT, pasti segala apa yang dipohon akan segera datang kepada kita.

Sumber: akuislam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *