Hiburan

Ramai Jejaka Kecewa Dia Dah Kahwin, Ini Fakta Menarik Neelofa Yg Tak Ramai Tahu

Siapa tidak kenal dengan aktres Neelofa, seorang pelakon, pengacara, usahawan dan model iklan terkenal di Malaysia.

Dilahirkan pada 10 Februari 1989, di Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, dan mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa.

Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed pula berdarah kacukan Pakistan dan Arab.

Difahamkan namanya adalah bersempena dengan nama “Niloufar” yang membawa maksud bunga teratai, namun di kalangan keluarga dan teman rapat, beliau lebih mesra disapa dengan panggilan ‘Lofa’.

Selepas meraih pencapaian cemerlang dalam UPSR (ujian sekolah rendah) iaitu 5A, Neelofa menyambung pengajian di sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, seterusnya mencapai semua A dalam kedua-dua peperiksaan, PMR mahupun SPM iaitu masing-masing 8A dan 10A.

Menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Ramai terpaksa akui betapa kuat aura pasangan ini, apatah lagi dengan status Neelofa yang bertaraf bintang dan popular.

Selain seorang jelitawan yang bertaraf jutawan, tidak ramai yang tahu siapa sebenarnya isteri kepada Haris Ismail ini.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan bebrapa keping foto Neelofa sewaktu zaman persekolahannya.

Fakta menarik

1) Bapa kandung Neelofa, Mohd Noor telah bercrai dengan ibunya ketika dia masih kecil dan Neelofa telah dijaga ibunya yang menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai.

2) Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

3) Kecantikan Neelofa adalah semulajadi dan asli. Malah sejak zaman persekolahan kecantikannya jadi bualan pelajar-pelajar lelaki. Salah seorang bekas pelajar MRSM pernah mengakui perkara itu.

” Masa hari daftar belajar kat situ semua orang duk cakap-cakap ada junior lawa. Pergi tengok sendiri, memang lawa Neelofa tu”

Malah budak-budak ex MRSM ni siap berkongsi lagi kisah semasa Neelofa belajar di situ. Menurut mereka, Neelofa ni siap jadi sebutan ramai lagi oleh kerana kecantikannya.

4) Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

5) Ketika darjah 6 Neelofa dilantik menjadi ketua pengawas. Beliau sering markah A dalam semua mata pelajaran. Adiknya, Atisha mendedahkan kakaknya itu pernah menangis apabila mendapat markah B.

6) Beliau ialah sepupu kepada cef selebriti, Adam Didam yang meninggI dnia pada 19 Mei 2019.

7) Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

8) Menang pelbagai anugerah antaranya Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.

9) Ketika berusia 26 tahun, Neelofa digelar jutawan muda apabila jenama tudungnya, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta dan tersenarai dalam senarai Wanita Terkaya Asia Tenggara Bawah 30 Tahun majalah Forbes!

10) Pada April 2018, dalam episod rancangan MeleTOP kendaliannya, Neelofa mendedahkan beliau pernah tinggal berjiran dengan bomoh terkenal Mona Fandey semasa zaman kanak-kanaknya.

” Rumahnya (Mona Fandey) di Kelantan dekat dengan rumah keluarga saya. Saya ingat lagi keluarga kami pernah makan bersama keluarganya, malah turut mengambil gambar bersama-sama”

Ramai jejaka kecewa Neelofa dah kahwin

MASIH belum selesai kehangatan perkahwinan antara selebriti popular, Neelofa dengan pendakwah, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Pasangan sama cantik sama padan itu diijab kabul pada pagi Sabtu lepas. Laman-laman sosial pula dibanjiri dengan hantaran dan foto perkahwinan selebriti itu.

Apabila melihat pasangan itu bersanding di atas pelamin dalam majlis serba putih, Merak Jalanan yakin ramai jejaka di luar sana yang sebelum ini menaruh hati terpaksa menggigit jari.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 2 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri kedua-dua belah pihak sahaja.

Tarikh pernikahan pasangan itu menjadi tanda tanya sejak awal minggu lalu selepas pelbagai persiapan dilakukan oleh ahli keluarga dan pengantin sendiri.

Pada Disember tahun lalu, kecoh di media sosial Neelofa sudah melangsungkan perkahwinannya dengan Riz dan dinikahkan oleh bapa kandungnya di Kelantan namun usahawan itu menafikannya.

Ada kawan-kawan Merak Jalanan yang berduka sehingga sanggup memadam gambar Neelofa yang disimpan dalam telefon bimbitnya apabila artis kesayangannya secara rasmi sudah menjadi milik orang.

Sebelum ini ramai yang kecewa apabila Hannah Delisha mengumumkan pernikahannya Imam Shah sehingga ada juga yang bertindak unfollow Instagram pelakon kelahiran Singapura itu.

Minggu lalu penyanyi dan pelakon cantik, Elizabeth Tan turut mengecewakan peminat lelakinya apabila dia mengesahkan sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Siew Jim.

Harap jejaka-jejaka luar sana cepat-cepat move on ya, jangan sedih lama-lama sangat. Bunga bukan sekuntum. Kepada Neelofa dan PU Riz, semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya.

Berikut kami kongsikan detik-detik Indah Perkenalan Neelofa dan Pu Rizz Yang Ramai Tak Tahu

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber; sinar harian, iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *