Fashion

Rizal tampil beri penjelasan kenapa dia terpaksa tolak permintaan Neelofa untuk reka baju pengantin

Pasti ramai yang berteka-teki siapakah pereka fesyen yang bakal menghasilkan busana sempena hari bahagia Neelofa semalam.

Antara nama besar yang muncul sudah pasti pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim.

Bagaimanapun, Rizalman hanyalah diundang sebagai tetamu untuk turut sama meraikan detik-detik terindah Neelofa.

Yang dipakai Neelofa adalah pereka fesyen yang terkenal dengan sentuhan renda dan romantisme, Alia Bastamam.

Menjawab pertanyaan peminat menerusi kiriman mesej langsung di Instagram, kata Rizalman dia tetap dengan prinsipnya yang sudah bersara dari dunia fesyen seperti yang pernah diumumkan beberapa tahun lalu.

“Maaf terpaksa menolak permintaan beliau sebab aku tidak mahu berganjak dari keputusan persaraan,” jawabnya.

Biarpun tidak mereka busana perkahwinan Neelofa, umum sedia maklum mengenai ukhuwah yang terjalin antara mereka berdua.

Malah, Rizalman juga ada berkongsi momen antara dia dan Neelofa yang berhubung menerusi panggilan video sebelum pengacara wanita itu bergelar suri hati Haris Ismail.

“Semalam satu jam di pagi Jumaat. Aku bagi ‘tazkirah’ khas kepada seorang adik dari seorang abang. Aku bagitahu kat dia apa yang telah lama aku pendamkan.

“Seterusnya nasihat-nasihat khas serta peraturan menjadi manusia yang dituntut Allah menjadi contoh pemimpin muslimah,” dedah Rizalman.

Biarpun menutup sebahagian besar wajah individu yang berhubung dengannya, ada yang dapat mengagak wanita terbabit adalah Neelofa berdasarkan inai pekat di jarinya.

Pasangan Neelofa dan Haris telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Terdahulu Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan mengundurkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun membina jenamanya.

Rizalman membuat pengumuman pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam tadi.

“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani.

“Faizul sudah 15 tahun bersama saya. Keputusan ini dibuat sejak tahun lalu. Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia fesyen.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *