Hiburan

Sah Bernikah Dgn Engku Emran Dan, Tapi Jurunikah Mereka Bukan Orang Lain Pun

Terjawab akhirnya teka teki mengenai pernikahan bekas isteri Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa hari ini.

Dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor NabiIa Mohd Noor, 37, selamat menjadi isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, pagi tadi.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah masjid namun tidak dinyatakan lokasinya.

Dinikahkan oleh adik lelaki Noor Nabila sendiri

Pasangan itu dinikahkan oleh adik lelaki pengantin perempuan iaitu Mohamed Aqief yang berwakil walikan bapa kandung mereka, Mohd Noor.

Dalam majlis pernikahan serba ringkas itu, NabiIa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Menerusi perkongsian di InstaStory Neelofa sebentar tadi, pasangan tersebut dilihat sedondon mengenakan persalinan serba putih.

Khabar angin majlis pernikahan NabiIa dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus pasangan tersebut pagi tadi.

Hasil tinjauan Kosmo!, perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera dalam Instagramnya turut memberi bayangan majlis akan berlangsung hari ini.

Malah, sekeping kad senarai menu yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor NabiIa dan Engku Emran di bahagian bawah.

Sekitar dua minggu lalu, nama NabiIa dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, NabiIa dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman NabiIa bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Untuk rekod, Noor NabiIa pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercrai secara hkam pada 9 Julai 2020 di Mahkamh Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Kemudian pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Perkahwinan kedua Emran bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat kedua pengantin baru itu.

” Engku Emran sangat la bijak. semua wanita, primadona erra fazira, pelakon indonesia, dan akhirnya berjaya menambat hati NabiIa. tahniahhh” tulis Izhar.

Noor Nabila Mohd Noor atau nama popularnya, Noor Nabila merupakan seorang usahawan wanita yang memegang peranan sebagai Pengarah Urusan syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd.

Adik-beradiknya termasuk, pelakon dan pengacara Neelofa, Ameera Khan (instafamous) dan Athisha Khan (instafamous).

Biodata

Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.

Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.

Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.

Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).

Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.

Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.

Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.

Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

Sumber:k0smo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *