Hiburan

Sajat akhirnya jawab status terkini agama dia, dan kenapa sampai sekarang boleh tak jumpa lagi

Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dipercayai membuat siaran langsung menerusi akaun Instagramnya awal pagi semalam.

Individu dipercayai Sajat itu mendakwa dirinya berada dalam keadaan baik, namun tidak menunjukkan wajahnya kepada pengikut yang mencecah 2,000 orang.

Menerusi siaran langsung itu, usahawan tersebut menjawab me­ngenai empat perkara iaitu berkaitan isu murtad, bersem­bunyi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis serta pernikahan bekas teman rapatnya yang dikenali sebagai Coach Yin baru-baru ini.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” katanya sambil menafikan dirinya keluar Islam.

Menerusi siaran langsung sama, Sajat turut menafikan dia bersembunyi selepas dikenakan waran tangkap kerana gagal ha­dir sebutan kes di mahkamah pada bulan lalu.

SAJAT JAWAB ADAKAH DIA MENYOROK MASA POLIS CARI?

Sajat alami depresi selepas mengaku tukar jantina – “Aku dah perempuan… kemaluan aku, tubuhku, adakah solat aku sah?” – Sensasi | mStar

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” katanya.

Sajat juga berkata, pihak berkuasa tidak mencarinya, malah yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.

Usahawan itu turut bertindak menyekat beberapa individu yang lantang bersuara semasa sia­ran tersebut berlangsung.

Itu merupakan kemunculan pertama Sajat secara langsung di Instagram sejak dikesan JAIS.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan tersebut pada bulan lalu.

Ini berikutan Sajat gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.

Sejak waran tangkap dikeluarkan, Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Zulkifli nasihat Sajat serah diri

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa pegawai JAIS dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini. Apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya selepas menyampaikan ucapan kepada kira-kira 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah hari ini.

Dr Zulkifli berkata, Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dari agama Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lalu, Nur Sajat tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lalu.

Sumber : KOSMO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *