Hiburan

Berjaya Kurang Dari 85kg ke 48Kg , Sekali Netizan Perasan Benda Lain Kat Penyanyi Shima

Kuala Lumpur: Penyanyi Shima, 52, berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) ke 48kg.

Ini sehingga penampilan terbarunya mendapat perhatian pengikut dan peminat di laman sosial.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 37kg dalam tempoh setahun.

Menurut Shima, masalah slipp3d disc memaksa dirinya untuk mengubah gaya hidup.

“Pada 2019, saya ada slipp3d disc dengan berat badan 85kg.

Jadi, saya terpaksa turunkan berat sebab sudah terlampau sakit.

Apabila buat pemeriksaan darah dan penyakit lain, doktor menasihati saya untuk mulakan penjagaan pemakanan.

Alhamdulillah, saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis.

“Memandangkan saya memiliki rangka kecil, jadi kalau tidak buat apa-apa memang akan menjadi lebih teruk.

Disebabkan itu saya berusaha. Mahu atau tidak dan sebab fikir kesihatan, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan sebab nak cantik pun.

“Doktor memberi nasihat cara pemakanan yang sesuai dengan kumpulan darah saya. Saya ikut semua.

Cuma tidak boleh buat senaman sebab slipp3d disc. Alhamdulillah sekarang berat kekal antara 48 hingga 50kg.

Ia adalah berat asal saya dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Dah kurus, wajah kembali auto cantik. Tudung pun auto singkat – Netizen

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menurut Shima, dalam tempoh enam bulan pertama, dia tidak mengambil nasi, gula dan hanya makan sayur-sayuran.

“Memang ‘sakit’ juga, tapi hasilnya berat saya turun daripada 85kg ke 75kg. Pada November tahun lalu berat saya sudah mencecah 48kg. Selepas itu, saya cuba kekalkan. Sekarang pun saya hanya gunakan gula merah. Makan nasi pun jarang dan jika ambil pun segenggam saja.

“Saya tak mampu sediakan makanan di3t yang mahal. Saya hanya makan sayur, telur, ikan dan sumber protin lain. Saya nak sihat saja, tapi tidak ada jalan pintas. Ini pengalaman sendiri. Disiplin kena kuat. Semuanya saya masak di rumah sebab senang nak kawal,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya sekarang, Shima berkata, dia sudah tidak mengalami masalah s4kit tumit dan lutut.

“Slipped disc masih ada. Cuma apabila berat badan berkurangan, sakit tumit dan lutut tak ada lagi. Perjalanan dan pengalaman ini saya kongsikan di saluran YouTube saya yang mengandungi lima episod,” katanya.

Impian Shima hasil album mus.nah gara-gara diti.pu

Penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 51, mendakwa impiannya untuk menghasilkan album mini musnah apabila ditipu pasangan suami isteri dari Singapura, tahun lalu.

Shima mendakwa, pasangan terbabit menghubungi dirinya kerana mahu membantu merealisasikan hasrat untuk muncul dengan lagu terbaru.

“Sebagai penyanyi, siapa tidak gembira apabila ada individu sudi mengeluarkan bajet untuk album mini yang memuatkan lima lagu? Saya pula sudah lama menyimpan keinginan mahu merakamkan lagu terbaru.

“Kali akhir saya merakamkan album adalah kira-kira 15 tahun lalu, menerusi Ke Pangkuanmu. Malangnya, ia hanya satu pembohongan,” katanya sambil memaklumkan tidak pernah bertemu pasangan terbabit, sebaliknya hanya berbual menerusi telefon.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, pasangan itu juga bertindak menghubungi Fauzi Marzuki, kononnya mahu menggunakan khidmat komposer terkenal berkenaan selaku penerbit album.

“Namun, semua janji mereka hanya palsu apabila Fauzi juga ditipu.

“Awalnya, saya masih mempercayai janji manis yang ditaburkan, tetapi saya dihubungi oleh beberapa anggota kumpulan rock popular yang juga pernah ditipu,” katanya.

Kata Shima, mereka melihat gambarnya terpampang di laman web syarikat pasangan suami isteri itu. Kononnya, sesiapa yang mahu menawarkan persembahan untuknya di Singapura boleh berbuat demikian menerusi mereka.

“Bila masa pula saya melantik mereka sebagai wakil di Singapura? Saya tidak tahu menahu soal ini,” katanya.

Penyanyi lagu Teringin itu berkata, anggota kumpulan rock berkenaan memaklumkan kepadanya mengenai modus operandi pasangan suami isteri terbabit.

“Rupa-rupanya, sudah ramai penyanyi yang menjadi mangsa penipuan mereka. Alamat pejabat mereka di Kuala Lumpur pun tidak pernah wujud.

“Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada penyanyi lain yang terpedaya. Saya sudah berangan mahu memiliki lagu baharu, tahun ini, tetapi nampaknya tiada rezeki.

“Jika diizinkan Tuhan, saya memang mahu muncul dengan lagu terkini, sebelum menutup mata,” katanya.

sumber :hmetro / youtube ku nazatul shima

Kredit:lamanmaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *