Entertainment

Masih Sekolah, Dah G4tal Nak Kahwin. Tapi Ada Perkara Buat Ibu Bapa Mereka Bimbang

Sulawesi: Satu pasangan pelajar sekolah menengah di Indonesia menjadi popular sekelip mata selepas kisah mereka berkahwin di bawah umur menjadi tular.

Menurut laporan iNews, pengantin lelaki, Marchel Gunawan dan pasangannya Fitri Nurul Amin masing-masing berusia 14 dan 16 tahun dan masih belajar di sekolah sama.

Pernikahan bawah umur itu dibenarkan selepas pasangan itu membuat dua kali permohonan di Pejabat Urusan Agama (KUA) di Buton Selatan, Sulawesi Tenggara.

Ketua KUA, Samsul Ridi yang menjadi jurunikah pasangan itu berkata, sepanjang perkhidmatannya, itu kali pertama dia menikahkan pasangan bawah umur.

Kredit foto: iNews

Katanya, permohonan pasangan itu bernikah pernah ditolak pada 8 Februari lalu kerana faktor bawah umur.

Bagaimanapun, permohonan kedua mereka diluluskan, pada 26 Februari lalu.

Bimbang Masa Depan Anak

Sementara itu, ibu pengantin perempuan, Meliana berkata, walaupun lega pernikahan anaknya berjalan lancar namun terselit perasaan bimbang dengan masa depan pasangan itu.

“Kami restu mereka bernikah kerana kedua-duanya saling mencintai dan mahu mengelak kejadian buruk berlaku di kemudian hari.

“Soal pelajaran sekolah, Insya-Allah pasti ada jalan terbaik untuk mereka berdua,” katanya dalam portal Kompas.com

Dalam satu video, pasangan itu mengenakan pakaian adat Buton kelihatan malu-malu dalam majlis pernikahan mereka yang dihadiri keluarga terdekat.

Pengantin lelaki melafazkan akad nikah dengan lancar dan disambut dengan tepukan keluarga yang datang. -CARI

Hukum Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Syariat

Melihat kepada nas-nas dan juga lembaran kitab-kitab Feqah yang membincangkan isu ini, kita dapati bahawa pendapat yang paling kuat dan muktamad bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah sah dengan syarat-syarat tertentu sehingga sebahagian daripada mereka menukilkan ijma’ ulama’ bahkan sejak daripada zaman Rasulullah SAW dan sahabat lagi, ada berlaku perkahwinan seperti ini.

Pendapat Yang Menyatakan Tidak Wajar Dilakukan Perkahwinan Tersebut
Sebahagian para fuqaha’ berpendapat bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak dibolehkan secara mutlak. Inilah pendapat yang dipegang oleh Ibn Syubrumah[6] dan juga Abu Bakr al-Asam[7].

Mereka berdalilkan firman Allah SWT:

وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آَنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ

Maksudnya: Dan ujilah anak-anak yatim sampai mereka mencapai usia nikah. Apabila kalian menemukan kecerdasannya maka serahkanlah harta-harta itu kepada mereka.

(Surah al-Nisa’: 6)

Berdasarkan ayat di atas, wajh al-dalalahnya adalah: Tanda tamatnya usia kanak-kanak adalah sampainya umur pernikahan. Sekiranya pernikahan kanak-kanak itu sah, nescayalah matlamat ini tidak membawa sebarang makna.

Selain itu, golongan ini juga berpendapat bahawa perkahwinan seperti ini (kanak-kanak) tidak mendatangkan sebarang faedah. Ini kerana perkahwinan bertujuan untuk mengadakan mu’asyarah (pergaulan), menghasilkan keturunan, dan juga ketenangan pada jiwa. Kesemuanya ini tidak tercapai melalui pernikahan kanak-kanak. Bahkan boleh jadi padanya mudarat yang berterusan dengan memaksa keduanya berada dalam kehidupan bersama yang berkekalan tanpa mengenalpasti adakah terdapat keserasian di antara keduanya.

Dalam kes di Malaysia, perkahwinan kanak-kanak berkait dengan norma sosial yang diterima umum. Ia termasuk tekanan untuk berkahwin daripada ibubapa sendiri seperti berlaku kehamilan bawah umur dan mengelakkan rasa malu.

Demikian juga para fuqaha yang berpegang dengan pendapat yang kedua ini dalam mengulas berkenaan perkahwinan Rasulullah SAW dengan A’isyah R.Anha mereka menyatakan bahawa ia merupakan diantara khususiyyah[8] (ciri yang khusus) hanya pada Nabi SAW.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *