Hiburan

“Semua Org Akan Rasa” -Neelofa Bagitahu Sebab Kenapa Suruh Semu Jemputan Pakai Baju Putih

Keputusan selebriti terkenal Neelofa, 33, mewajibkan semua tetamu mengenakan busana berwarna putih di majlis perkahwinannya bersama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail, 26, adalah tindakan yang jarang ditemui.

Tetamu yang dimaksudkan itu bukan sekadar ahli keluarga dan rakan artis tetapi termasuk dengan krew yang terlibat serta media.

Menerusi Instagram (IG) Pengarah Urusan ANAS Cosmetics, Anas Zahrin akui terpaksa menghubungi Neelofa untuk mengesahkan mengenai kod pakaian.

“Lofa (Neelofa), Anas pakai baju putih tak macam Anas yang pengantin ke?” tanyanya menerusi satu panggilan telefon.

Jawab Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, dia menginginkan kesemua jemputan berasa seperti seorang pengantin pada hari bahagianya dan Haris.

“Memang la.. Semua orang akan rasa macam pengantin hari ini. It’s okay,” jawab Neelofa secara ringkas.

Dalam pada itu, Anas turut mengambil kesempatan memohon maaf kerana tidak menjawab pertanyaan mengenai perkahwinan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini.

“Kepada media, rakan-rakan yang tanya saya sebelum ini. Maaf sangat-sangat.

“Bila diamanahkan untuk simpan rahsia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk simpan. Doa yang baik baik buat pasangan.

“Semoga bahagia hingga ke jannah sahabat baikku Noor Neelofa Mohd Noor,” tulisnya sebagai kapsyen.

Pada Sabtu lalu, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.

PU Riz merisik Neelofa pada November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup dan sederhana.

Semua Cerita Pasal Lofa, Sekali Awal Upload Dapat Makan Apa

Gelagat lucu pelakon Awal Ashaari sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz mendapat perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Awal berkongsi hantaran terbaharu yang merakamkan santapan yang dihidangkan buat tetamu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen gurauan yang ditulis Awal itu agak melucukan netizen.

“Kalau semua nak upload cerita nikah Lofa dengan Haris, habis siapa nak upload cerita kita dapat makan apa? Kan?”, tulisnya.


Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengiyakan pertanyaan Awal selain terhibur dengan video pendek yang dikongsinya.

Majlis pernikahan Noor Neelofa dan Haris Ismail berlangsung dalam suasana yang sangat indah.
Diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris dengan sekali lafaz sekitar pukul 11.43 semalam.

Tiada Tandingan! Ini Menu Hidangan Neelofa & Haris Untuk Tetamu Yang Hadir

Sudah dijangka perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail ini akan menjadi buah mulut di media sosial.

Daripada busana pengantin, pelamin Jabal Rahmah, lilin mewah dari Paris iaitu Diptyque, doorgift yang mencecah RM600 setiap seorang sehinggalah kepada menu makanan atau bahasa mudahnya lauk kenduri.

Bukan biasa-biasa! Next level.

Itu saja yang mampu diucapkan saat melihat senarai menu yang disediakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Antara hidangan yang menjadi bualan ramai adalah Udang Galah Bakar Berempah dan Butir Nako.

Untuk yang tidak tahu, Butir Nako itu adalah Butir Nangka. Sejenis hidangan pemanis mulut tradisi dari pantai timur sama juga dengan kuih Lompat Tikam.

Memang sebati dengan Neelofa dan keluarga yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim.

Bagi yang terlepas pandang, #FoodiesLife kongsikan senarai penuh menu di hari bahagia Neelofa dan Haris:

Kudapan

Rempeyek

Kuih Loyang

Kuih Bahalu

Pembuka Selera

Kerabu Pais Aneka Laut

Sup

Sup Ekor Lembu Berempah

Sajian Utama

Ayam Masak Madu Tomato

Udang Galah Bakar Berempah

Daging Dendeng Berlada

Dalca Sayur Mamak

Nasi Biryani Utara

Pencuci Mulut

Butir Nako

Lompat Tikam

Buah-Buahan

Tahniah Neelofa dan Haris. Selamat pengantin baru!

Kredit Foto: Wedlocx.co​ & Instagram @awalashaari & @shalmaainaa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *