Hiburan

SPM Pun Tak Ambik Lagi, Sekali Gadis 16 Tahun Teruja Sudah Bertunang

Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita melihat para remaja bertemu jodoh diusia muda dengan menghalalkan hubungan menjadi pasangan suami isteri ataupun mengambil langkah awal dengan melangsungkan pertunangan.

Walaupun masih digelar ‘budak sekolah’, nampaknya hal tersebut bukan penghalang untuk mereka membawa hubungan cinta ke arah yang lebih serius.

Bertunang umur 16 tahun

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shaetah, dia telah memuat naik video majlis pertunangannya yang baru sahaja berlangsung.

Setahun berkenalan

Apa yang menarik perhatian warganet adalah usianya yang disifatkan masih muda iaitu 16 tahun ketika bertunang.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah masalah buatnya kerana telah yakin memandangkan sudah hampir setahun berkenalan walaupun menjalinkan cinta secara jarak jauh.

Ramai yang tiba2 nak tunang jugak

Perkongsian Shaetah telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Kebanyakkan yang meninggalkan komen adalah golongan remaja yang tidak sabar untuk bertunang dan berkahwin muda juga.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mendoakan agar hubungan mereka terus dipermudahkan dan urusan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Benda bagus, baik dipercepatkan Aku time form 4 masih merempit

Aku pulak masih strugel nak beli rumah Aku umur 26 masih strugle carik duit

Sebelum ini ada juga cerita yang lebih kurang sama.

Remaja tingkatan 4 kongsi detik gembira, teman lelaki nekad masuk meminang

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai remaja perempuan berusia 15 tahun yang berkahwin dengan pasangannya yang berumur 17 tahun.

Terbaru, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengikat tali pertunangan bersama seorang remaja lelaki dipercayai dalam lingkungan umur yang sama.

Kekasih ajak tunang hujung tahun

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat remaja yang dikenali sebagai Leeya itu berkongsi momen gembira apabila dilamar oleh kekasihnya pada usia yang muda.

Leeya mengakui pada mulanya dia menyangka kekasihnya yang bernama Iqmal itu hanya bergurau, namun remaja berkenaan benar-benar melakukannya apabila pihak lelaki menghantar rombongan.

Meskipun usia mereka masih muda, namun perkara tersebut tidak menghalang untuk meneruskan majlis yang diimpikan sejak dulu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir yang ‘pelik’ bagaimana pasangan itu direstui oleh ibu bapa untuk mengikat tali pertunangan pada usia yang begitu muda.

Umur 16 dah tunang Mudanya muka

Tahniah! Doakan saya jugak

Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan dipermudahkan urusan ke fasa perhubungan yang seterusnya.

Sumber: FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *