Uncategorized

Tahniah! Elizabeth Tan dah kahwin senyap-senyap, ini individu yg bocor rahsia ‘

SELEPAS tersebar foto penyanyi Elizabeth Tan memakai gaun pengantin di laman sosial, kali ini bapanya iaitu David Tan Suan Chew pula berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu.

Menerusi laman Facebook, David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi lagu Semua Sudah itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.

Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 28, merupakan anak perempuan terakhirnya.

“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.

Meskipun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis perkahwinan yang telah berlangsung, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.

Perkongsian foto oleh bapa dan sahabat di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka penyanyi cantik itu kini sudah menjadi milik orang.

Malah ramai juga yang meluahkan rasa kecewa dan patah hati apabila penyanyi pujaan mereka sudah bergelar isteri orang.

Foto Elizabeth dan seorang lelaki jadi perbualan hangat netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Elizabeth masih belum berjaya.

Pada Januari lalu, nama Elizabeth Tan menjadi topik bualan dalam kalangan warganet di laman sosial selepas seorang pengguna Twitter, memuat naik dua keping foto Elizabeth dengan busana pengantin.

Bagaimanapun, Elizabeth menjelaskan foto itu hanya untuk tujuan muzik video lagu baharunya berjudul Beku.

Terdahulu Tindakan penyanyi seksi, Elizabeth Tan berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aksi melipat kaki ke bahagian belakang leher me­ngundang komen lucah pengguna Instagram.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 28, dilihat terbaring ke belakang dalam keadaan kaki kiri­nya masih melekat di belakang leher sehingga memperlihatkan bentuk seluarnya yang ketat.

Sejak dimuat naik kelmarin, video berkenaan ditonton hampir 312,000 kali serta menerima lebih 1,000 komen.

“Bakat rahsia saya hahaha, awak boleh?” tulis Elizabeth ringkas pada ruangan kapsyen rakaman video berkenaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Polis Entry itu meninggalkan kata-kata kiasan berbaur lucah terhadap aksi lentik yang dilakukannya.

Antara usikan nakal peminat yang kebanyakannya lelaki hidung belang adalah meminta penyanyi itu lebih berhati-hati melakukan aksi tersebut.

“Baik-baik, nanti terkoyak pula seluarnya,” tulis seorang pengguna.

Sebelum ini, Lizzy kerap dihujani komen nakal daripada peminat lelakinya gara-gara penampilan seksi serta aksi manja yang dikongsi di akaun

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *