Amalan

Tanya Soalan Krn Tak Faham, Sekali Kena Sindir Kaw2 Dgn Cikgu. Sampai Hilang Fokus Ketika Jawab Kertas Matematik SPM

GURAUAN seorang guru yang dianggap k4sar sehari sebelum kertas peperiksaan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung membuatkan pelajar ini mengalirkan air mata dan hilang fokus seketika.

Cuba untuk melupakan kata-kata yang diungkap guru tersebut, namun calon SPM berkenaan, Nurul Aqilah Yazid, 18, mengakui perkara itu sukar untuk dilakukan.

Biarpun sebelum ini sudah terbiasa menjadi ejekan guru-guru lain tentang jerawatnya tetapi kali ini perkataan ‘jerawat batu’ menyebabkan pelajar ini tersinggvng.

“Saya nak kongsi kisah sedih hari ini. Saya ada kelas Matematik di sekolah, semangat nak belajar tetapi… Cuba untuk tak mahu terasa,” tulisnya di video TikTok.

Biarpun sebelum ini sudah terbiasa dengan kata-kata tersebut tetapi ‘jerawat batu’ yang diungkapkan guru tersebut membuatkan dirinya tersentap.

Ketika dihubungi mStar, dia berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu itu bukan yang pertama dialaminya, cuma sebelum ini dia langsung tidak menyimpan dalam hati kerana menganggap itu hanya gurauan semata-mata.

Video Aqilah ketika menghadiri kelas tambahan Matematik itu tular di aplikasi TikTok.

“Saya sendiri pelik kenapa hari itu saya tersentuh sangat. Sebelum ini ramai sahaja yang tegur dan ejekk kulit muka saya yang berjerawat ini tetapi tak pernah pula terasa sampai macam ini.

“Kali ini em0si terlebih mungkin sebab saya tanya baik-baik tetapi dibalas dengan ayat yang pedas dan meny4kitkan.

“Jerawat batu tu membuatkan saya tersentap dan fikir teruk sangat ka kulit muka saya sampai cikgu kata macam tu sekali.

“Bukan hanya seorang guru yang selalu menjadikan saya contoh kulit wajah ketika dalam kelas,” katanya.

Aqilah akui sentiasa kurang keyakinan diri dikelilingi rakan-rakan berwajah bersih dan cantik.

Lebih mesra disapa Aqilah, pada mulanya dia tidak mahu berkongsi hal ini mahupun menunjukkan kesalahan guru tersebut tetapi calon SPM ini berharap perkongsiannya dapat membuatkan guru lain menjaga tutur kata ketika berdepan pelajar mereka.

“Saya sedar seorang pelajar patut taat dan hormat dengan guru setiap masa. Ibu dan ayah pun bagi tahu hal sama. Cuma salahkah saya luahkan apa saya rasa.

“Saya tak cakap siapa betul siapa salah. Biarpun jelas kadang kala itu banyak hal yang dikongsikan pelajar mengenai sikap guru yang kurang menyenangkan tetapi akhirnya pelajar juga disalahkan.

Saya tak pernah mengadu benda remeh ini sebenarnya tetapi saya rasa ayat tu memberi kesan sangat pada saya.

“Dalam kejadian Ahad lalu itu, saya ke kelas tambahan Matematik dan sebaik terima kertas saya dapati ada soalan saya tidak tahu. Kebetulan cikgu itu lalu belakang saya untuk pasang projector, jadi saya pun tanya macam mana nak jawab soalan itu. Kemudian cikgu itu cakap ‘Orang suruh buat tak nak buat, tumbuk muka kau pec4h jerawat batu tu nanti’. Saya dengar tu terus tersentap,” ujarnya.

Tambah pelajar dari Sekolah Menengah Tun Tuah, Melaka itu, dia langsung tidak mahu jadikan kejadian itu isu besar malah hanya pulang ke rumah luahkan kepada ibu dan ayahnya.

Bagaimanapun, kedua ibu bapanya hanya menasihatinya dan memujuk puteri mereka itu supaya tidak berkecil hati dengan guru berkenaan.

Aqilah yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini menuruti pesanan ibu bapanya meskipun sedikit terkesan dengan apa yang berlaku.

“Saya tak pernah men4adu benda remeh ini sebenarnya. Tetapi saya rasa ayat tu memberi kesan sangat pada saya hari itu tambah lagi esoknya kertas subjek yang diajar cikgu tersebut.

“Sepatutnya dia lebih memahami kerana dia pun perempuan. Biasalah muka berjerawat. Bukan saya tak usaha hilangkan.

“Nasihat ibu ayah senang sahaja hormati dia kerana tanpa dia siapalah kita. Maafkan dia mungkin tak sengaja. Berkat seorang guru itu penting,”ujarnya lagi.

Berikut sedikit info menegenai Jerawat Batu

Jerawat yang muncul pada wajah, tentu merupakan suatu hal yang menyebalkan. Hal ini masih menjadi masalah yang cukup serius bagi sebagian orang, apalagi bagi orang dengan kondisi kulit berjerawat.

Pasalnya, jerawat yang muncul pada kulit wajah memang sering kali mengganggu penampilan. Apalagi jika jerawat yang muncul berukuran besar dan disertai rasa sakit.

Jerawat yang muncul dengan ukuran besar dan disertai dengan rasa nyeri, biasa disebut dengan jerawat batu. Kondisi jerawat ini semakin menyiksa jika disertai dengan nanah yang meradang di bagian dalam kulit. Bahkan tidak jarang, kondisi ini juga disertai rasa gatal yang tidak tertahankan dan semakin mengganggu.

Pada dasarnya, jerawat batu ini muncul karena terjadi penyumbatan sebum pada pori-pori kulit. Kondisi ini semakin diperparah jika terjadi kontak dengan bakteri atau kotoran yang menempel pada kulit. Apalagi jika memiliki kebiasaan buruk malas membersihkan wajah secara rutin.

Bukan hanya terjadi pada kulit wajah, jerawat batu atau disebut juga dengan cystic acne ini juga dapat muncul di area lain seperti, pundak, lengan atas, dada dan punggung. Ukurannya yang besar dan meradang, membuat jenis jerawat yang satu ini sulit dihilangkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *