Uncategorized

Tengah posing gambar kahwin, sekali kaki Nabila naik sampai atas peha

PERKAHWINAN bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada pagi Jumaat menjadi perhatian netizen selain mendapat liputan meluas media.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat pasangan ini yang sebelum ini pernah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi Jumaat di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 30 ahli keluarga terdekat.
Di sini,dikongsikan 5 fakta menarik mengenai Noor Nabila dan Engku Emran.

1. Pasangan ini mula rapat pada Ogos tahun lalu setelah menyertai aktiviti berbasikal yang turut disertai oleh lingkungan rakan-rakan yang sama.

2. Dari situ, mereka mulai rapat dengan menyertai konvoi berbasikal selain turut menyertai kelas usrah bersama-sama.

3. Engku Emran sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon popular, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

4. Lelaki berusia 46 tahun itu kemudiannya dipertemukan jodoh dengan bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Mereka berkahwin pada 9 September 2017 namun bercerai pada Julai tahun lalu.

5. Sementara itu, Noor Nabila, 37, yang merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan popular, Neelofa pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad namun jodoh tidak panjang apabila bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad yan kini berusia dua tahun setengah.

Dalam pada itu, Ibu kepada Noor Nabila Noor Kartini ada memuat naik gambar sebelah kaki pengantin cramp sehingga dia sempat picit di atas riba

Rata-rata netizan terhibur dan mengucapkan tahniah kepada Noor Kartini

Berikut status di muat naik ibu kartini di laman ig beliau

Biodata

Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.

Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.

Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.

Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).

Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.

Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.

Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.

Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

Apa kata anda? Kobgsikan bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *